Archive

Posts Tagged ‘patriotik’

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke 51

August 31st, 2008 10 comments

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”, aku baru sahaja mendengar laungan kemerdekaan pada detik 12 malam tadi. Seraya itu aku sambut dengan rasa kesyukuran dimana kita masih berada dalam negara yang merdeka. IniĀ  juga bermakna negara telah masuk hari kemerdekaan yang menjadi sejarah sejak 51 tahun dahulu.

Harapan aku dan juga kau yang menyayangi suasana aman seperti sekarang ini, semoga aku dan kau dapat menikmati kemerdekaan negara selama-lamanya. Negara memang sudah merdeka dan termaktub perjanjian antara wakil negara terawal dengan wakil dari pihak british tatkala bendera Malayan Union diturunkan dari berkibarnya di tanah air kita.

Negara dah merdeka! Bagaimana pula dengan rakyat jelata yang tinggal di negara yang merdeka ini? Adakah mereka juga turut merdeka?

Perkara inilah yang menjadi persoalannya. Bagi aku semakin banyak kelemahan dan keburukan yang nyata aku dan kau boleh lihat pada masa kini. Bermacam-macam gejala, bermacam-macam trajedi, bermacam-macam peristiwa, bermacam-macam propaganda dan bermacam-macam lagi (boleh guna ker ayat ni!? huhu).

Ketika aku dalam perjalanan balik ke kampung di Kota Tinggi, perasan perjalanan aku begitu lancar! Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kesesakan yang melampau terutama di Ulu Tiram dan jalan masuk ke Kota Tinggi. Dibenak aku timbul seribu persoalan, dimanakah manusia tempatan? Tidakkah mereka menyambut hari bersejarah ini?

Pendapat aku selagi fikiran dan jiwa individu itu sendiri tidak merdeka, maka masih banyak yang perlu diperbetulkan jika ingin negara kekal harmoni dan aman seperti sebelumnya. Jika tidak kau akan berada dalam bayangan sendiri dan sesalan di kemudian hari.

Bertindaklah selagi masih ada waktu. Ubahlah demi diri sendiri. Tekadkanlah untuk memajukan diri. Teruskanlah berusaha. Berpijaklah pada bumi yang nyata!

Bagaimana pendapatan kau dan kau pula?

Dikesempatan ini aku mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51! Semoga apa yang kita miliki kini terus kekal, malah kau dan aku terus berjuang dengan penuh semangat patriotik demi agama, bangsa dan negara.

[tags]merdeka, malaysia, patriotik[/tags]

Sambutan Bulan Kemerdekaan, Dimana Silapnya!?

August 18th, 2008 40 comments

Ada 12 hari lagi kita akan berada pada tarikh keramat dimana perjuangan rakyat Malaysia terdahulu memerdekakan tanah air tercinta dari jajahan asing. Dari mulut mereka generasi yang terdahulu yang menyaksikan peristiwa tersebut, aku dapat lihat betapa teruja dan patriotiknya mereka.

Sebelum ini pun kita dapat merasakan kehangatan dan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh rakyat Malasyia. Penuh dengan kemeriahan. Penuh dengan kibaran jalur gemilang di rumah-rumah dan kereta-kereta. Penuh dengan semangat patriotik. Di media massa seperti di televisyen dan radio malah di blog juga tak kurang meriahnya.

Tapi kini seperti ada sesuatu yang tak kena, apakah yang telah terjadi!? Adakah mungkin disebabkan tarikh berkenaan sehari sebelum kita menyambut bulan mulia iaitu bulan ramadhan al-mubarak atau disebabkan oleh kesibukan kerajaan yang tertumpu di Permatang Pauh!?

Tapi yang pastinya ianya bergitu hambar sehingga nampak jelas kesuraman sambutannya seolah-olah merdeka pada tahun ini tiada makna apa-apa.

Kalau sambutan berkenaan terpaksa dilupakan pasal umat islam negara ini nak menyambut bulan mulia tak apa lah tapi jangan pula kerana sibuk dengan agenda di Permatang Pauh sana! Mungkin peruntukan dah tertumpu ke Permatang Pauh kot.

Aku takut jika sikap sebegini diamalkan, maka generasi baru akan menganggap erti kemerdekaan seperti tiada maksud apa-apa. Teringat pula anak aku yang berusia 5 tahun tanya aku,

Pa bila nak sambut mendeka (merdeka)? Dah lama tak main jalur gelimang (gemilang).

Anak-anak kecil seperti anak sulung aku pun sudah mengerti, lagi la kalau ada bunga api (hu3).

Apatah lagi yang sudah bersekolah dan perlu mendalami sesuatu seperti ini. Perlunya mereka berjiwa patriotik demi bangsa dan agama. Mereka adalah generasi seterusnya yang bakal menyahut seruan generasi yang sebelum mereka.

[tags]patriotik, merdeka, tanah air, malaysia[/tags}