Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Tag Archives: pengaruh blog

Februari, Mungkinkah Berubah?

Tags:, , , , , , , , , , .

Februari 2010 sudah menjelma. Ini bermaksud sudah masuk bulan kedua di tahun baru. Dalam sebulan yang lalu banyak perkara berlaku sama ada suka dan duka. Sekurang-kurangnya aku telah melakukan sesuatu yang dapat mengatur kembali kehidupan aku pada masa akan datang.

Bermula dengan entri tangisan aku, isteri dan anak-anak secara tak langsung telah mengungkai duka yang telah aku tanggung sekeluarga selama ini. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu aku merancang perjalanan hidup aku seterusnya. Rasanya separuh dari beban lalu dapat di atasi.

Separuh lagi? Ya, separuh lagi adalah yang berlaku ke atas diri aku dari sakit misteri (tolong, jangan ganggu aku!) sehingga merebak melibatkan sakit fizikal. Dengan bantuan dari En Hydir, rasanya sakit yang melibatkan perkara mistik tiada lagi. Harapan aku mudah-mudahan ianya berterusan dan tiada gangguan lagi, insya allah.

Kemudian blogger kacak dan blogger cun, sayang kamu! pula diterbitkan atas keprihatinan dan sumbangan ikhlas dari rakan-rakan blog dan pembaca blog ini. Sungguh tidak menjangka ianya mendapat sambutan hangat, syukur alhamdulillah. Kamu sungguh baik hati dan semoga ALLAH melindungi kamu serta melimpahi kamu rezeki yang banyak juga.

Termasuk hari ini sudah beberapa hari aku berulang-alik ke hospital sejak hari pertama (jom main nombor, hospital kota tinggi). Pengalaman pembedahan lalu membuatkan aku lebih berhati-hati. Aku meminta mereka membuat penilaian dahulu sebelum benar-benar melakukan pembedahan seterusnya.

Aku diberi ubat itu dan ini, ambil darah dan diujikaji untuk diambil sampel. Aku harap kali ini biarlah berbaloi. Jika tempoh seminggu ini tiada perubahan, aku terpaksa ditahan diwad untuk langkah ujian seterusnya (mungkin terus dibedah).

Namun apa yang aku benar-benar harapkan adakah permulaan ini bakal merubah keseluruhan hidup aku dan keluarga kepada kehidupan yang lebih baik?

Insya allah, buat permulaan apa yang dapat aku pastikan ialah aku lebih bersemangat dan bertenaga walaupun dapat tahu aku alami beberapa implikasi penyakit lain. Nekad sahajalah, tak guna nak sesakkan kepala, lebih baik aku fikirkan macam mana nak habiskan sisa hidup yang masih tertinggal.

Apa yang terbaik adalah DOA dari kamu yang tak putus-putus. DOA adalah senjata mukmin dan mana tahu ada KEAJAIBAN berlaku (he3).

Posted on 1 February '10 by Megat, under Diari. 25 Comments.

Blogger We Care, Adik Ammar Perlu Bantuan!

Tags:, , , , , , , , , , , , .

Aku masih dalam tempoh hibernasi. Masih sedang dalam proses rawatan dan menjadi ujikaji untuk ahli perubatan merawat penyakit aku sehabis baik. Seminggu aku terpaksa ulang alik ke hospital dan masih bergantung kepada ubat, jika tidak memberi kesan, aku akan ditahan di wad untuk kajian seterusnya.

Sementara ini aku masih sekali sekala berada di dalam talian (online) tetapi hanya memerhati dan memulakan langkah projek-projek baru atas tajaan. Alhamdulillah atas bantuan rakan-rakan blogger dan pembaca blog ini, segala kebimbangan dan beban yang ditanggung bertambah lega.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Blogger We Care - Bantu Adik Ammar!

Blogger We Care - Bantu Adik Ammar!

Tapi kali ini aku terpanggil dengan berita kesakitan seorang kanak-kanak yang menghidapi sakit jantung (PDA). Adik Ammar yang berusia 2 tahun terpaksa menerima ketentuan sebegitu rupa walaupun dia sendiri tidak memahami apa yang menghadapinya.

Apatah lagi cuba kita fahami perasaan seorang ibu yang uruskan penderitaan anaknya yang lahir dari rahimnya. Aku baca sendiri di blog Puan Asmaniza yang meluahkan bebanan yang ditanggung setelah terpaksa ulang alik ke hospital berusaha menyelamatkan kesihatan anaknya, Ammar.

Subhanallah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin kita tidak berada benar-benar dalam situasinya. Situasi ibu yang sentiasa bimbang dengan kesihatan. Situasi bapa yang terpaksa mencari sumber kewangan untuk menanggung kos rawatan. Sudah pasti ia cukup memberi impak yang sangat dalam.

Dalam keadaan seperti itu, sudah pasti mendatangkan kebuntuan ke atas ibu bapa Ammar. Demi Ammar, sama-samalah kita beri bantuan. Yang berat kita dapat ringankan jika kita sama-sama bantu dan beri kata-kata semangat dan dorongan. Ringankan kebimbangan yang menghantui ibu dan bapanya.

Ingatlah, tidak semua orang setabah Ammar, ibu dan bapanya. Dan dalam dunia kini, tidak semua orang juga yang punyai pendirian seperti ibu dan bapa Ammar. Lihat sahajalah kasih seorang ibu dan kasih seorang bapa terhadap anaknya, sanggup berhabis demi kerana kesihatan anak.

Adik Ammar, kuatkan semangatmu, ingat ibu dan ayah.

Untuk Puan Asmaniza dan suami, insya allah kami cuba membantu. Beri dorongan memang mudah tapi yang menanggungnya amat berat kan? Tabakan hati dan kita sama-sama berdoa ke hadrat ALLAH.

Bantulah! Setiap klik ke atas banner yang diletakkan di blog kamu akan disumbangkan sebanyak RM1 dan disalurkan kepada Adik Ammar. Mudah-mudahan bantuan yang kita berikan dapat selamatkan banyak nyawa disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara saudara islam kita, insya allah.

Blog ini meletakkan banner tersebut di sudut kanan, klik untuk membantu. Lanjut, rujuk di blog En Hydir.

Posted on 29 January '10 by Megat, under Isu Semasa. 7 Comments.

Geng Blogger, Ibarat Gadis Cun Dan Pisang Panas!?

Tags:, , , , , , , , , , , , , , .

Geng Blogger

Geng Blogger

Geng Blogger adalah satu laman web yang mempunyai skrip-skrip yang menarik untuk blogger. Sistem yang didirikan (mengikut pengamatan awal aku) mampu untuk ping blog-blog yang berjaya menerbitkan catatan terbaru. Dan yang menarik ia dihasilkan hasil nukilan dari saudara Ben Ashaari bersama dua orang pembantu cun nya (he3).

Macam pernah tengok ek? Mungkin juga masih ramai yang belum tahu akan kewujudannya. Ini la nak bagi tahu (ha3). Aku baru perasan ketika aku melawat laman facebook aku dan ternampak mesej yang diwar-warkan oleh saudara Melz. Apalagi aku pantang nampak benda baru pasti nak menyibuk dan uji menguji (ha3).

Nasib baik benda yang berguna (ha3). Ya Geng Blogger adalah sistem yang disediakan untuk memeriahkan lagi dunia blog tempatan. Ini dapat dilihat apabila blog berkenaan di implementasikan dalam bahasa melayu. Kelihatan ramai blogger tempatan juga telah lama menjadi ahli yang sah dimana kelihatan telah banyak catatan-catatan dan jumlah ahlinya disana.

Impak pertama yang berjaya menarik perhatian aku ialah antara mukanya yang ringkas tetapi menarik disertakan dengan warna yang sepadan. Dan mungkin kerana itu juga sambutan terhadap laman ping tersebut seperti pisang panas (aduh tiba-tiba lapar pulal hu3)!

Daftar di Geng Blogger semudah 123

Daftar di Geng Blogger semudah 123

Berminat? Seperti rajah diatas menggambarkan betapa mudahnya untuk menjadi ahli dan terus ping terbitan catatan baru kamu di laman tersebut. Mudah bukan?

Dan yang paling menarik bagi yang dahagakan trafik ke blog masing-masing, gunakanlah peluang tersebut untuk sama-sama memeriahkan dunia blog tempatan dan lakukan kemampuan kamu untuk tarik trafik secara sihat! Insya allah setiap perkara yang dilakukan beserta niat yang baik akan mendapat balasan yang baik juga.

Lebih menampakkan kesungguhan geng blogger ini apabila mereka wujudkan blog khas untuk ketahui kemaskini mereka dan juga forum mereka sendiri. Wah memang menarik kan? (aku je yang over kot!? ha3) Biasalah blogger kan macam tu (kah3).

Posted on 15 December '09 by Megat, under Isu Semasa. 40 Comments.

Problogger Khai, Kongsi Pengalaman Sebagai Blogger Sepenuh Masa!

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Sedia maklum semakin ramai yang ingin dan sudah memiliki blog. Ini juga menandakan semakin ramai yang sedar kebolehan blog dalam menjana pendapatan pasif dan memungkinkan juga menjadi pendapatan utama. Ramai yang sedang menuju ke arah tersebut apabila mengetahui akan kebolehan blog cuma yang membimbangkan apabila langkah-langkah yang diambil tidak menuju ke arah tersebut.

Kagum dengan kebolehan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh saudara Khai dalam dunia blognya. Aku rasa beliau tidak perlu diperkenalkan memandangkan beliau berfungsi disebalik sikap merendah diri bawah tanahnya (underground he3). Kesudian beliau dalam perkongsian pengalaman beliau sebagai penulis blog sepenuh masa juga dikagumi umum.

Di blog utama beliau Justkhai sendiri telah banyak perkongsian maklumat tentang dunia blog yang sepatutnya menjadi rujukan utama kepada mereka yang cuba ingin dan sudah memiliki blog. Akur dengan kebolehan beliau yang semakin mendapat tempat sehingga beliau juga pernah dijemput menjadi selebriti jemputan oleh pihak nuffnang iaitu dalam Projek Alpha yang ke 2! (hu3).

Terkini saudara Khai berkongsi pengalaman sebagai penulis blog sepenuh masa apabila beliau sendiri menulis tentang,

  1. Memilih Blogging Sebagai Kerjaya – Part 1.
  2. Memilih Blogging Sebagai Kerjaya – Part 2.

Jutaan terima kasih kepada beliau yang sanggup berkongsi kisah beliau di blog beliau sendiri yang mana menjadi contoh kepada aku dan kamu yang tertanya-tanya bagaimana ingin menjadi penulis blog sepenuh masa dalam kategori sebenar-benarnya. Yang paling aku kagum beliau berjaya dalam menjana pendapatan dari hasil penulisan blog tempatan iaitu blog berbahasa melayu!

Itu kata-kata yang sepatutnya menjadi contoh bukannya dari penulis blog dari househusband seperti aku (ha3). Catatannya juga sepatutnya menjadi iktibar kepada penulis baru yang tidak hanya memandang sinis apa yang blogger boleh lakukan. Langsung lebih ramai yang cuba ambil jalan singkat seperti mewujudkan kumpulan klik klik nuffnang dan seangkatan dengannya. Kumpulan klik klik iklan pun nampaknya sudah akui kesilapan mereka, elok dijadikan iktibar.

Aku sendiri dahulu sememangnya menjadikan dunia penulisan sebagai hobi sahaja. Tetapi semakin lama berada di dunia blog dan secara tak langsung mendapat banyak maklumat bagaimana blog juga boleh buat duit. Lama-kelamaan semakin sedar akan kebolehannya dan secara tidak langsung juga mengubah pendirian aku menulis dan secara tak langsung menghasilkan pendapatan pasif.

Jujur juga aku katakan, pada mulanya aku tidak percaya setelah pernah kena tipu dengan penyedia iklan seperti advertlets yang tidak membayar sejumlah kecil amaun yang aku berjaya kumpul. Tapi kesakitan itu terubat apabila aku bertukar arah kepada nuffnang yang sememangnya sejak dari mula aku keluarkan duit RM100++ sehingga kini.

Antara pendapatan hasil dari Nuffnang

Antara pendapatan hasil dari Nuffnang

Sejak itu aku kekal dengan nuffnang dan apatah lagi dengan status geli-geli (glitterati) yang diperkenalkan dapat menambahbaikkan lagi pendapatan yang dikumpul. Rajah menunjukkan antara pendapatan akhir dari pihak nuffnang. Walaupun tidak banyak seperti blogger otai yang lain, tetapi untuk kita blogger biasa cukup untuk buatkan hati berbunga-bunga (cewwah! ha3).

Nampaknya repekan aku telah tersasar dari topik asal catatan ini. Niat aku satu, pengajaran dan peringatan kepada mereka yang baru berkecimpung dalam dunia blog, tiada sekatan kepada sesiapa pun ingin mencuba dan tidak semestinya niat asal hendak menulis blog sekadar mengisi masa lapang bakal membuahkan imbuhan yang berbaloi-baloi (he3).

Seperti niat blogger otai juga, yang mana ingin sama-sama berkongsi pengalaman supaya lebih ramai penulis blog yang sama-sama ingin ceburkan diri dalam kategori blogger yang sama terus maju dan memeriahkan dunia blog tempatan. Ingat! Berkongsi tidak bermakna margin untuk kamu berjaya semakin sikit malah semakin ramai kelahiran penuls blog maka semakin banyak peluang!

Nampaknya sekali lagi aku teruja dengan pencapaian problogger tempatan yang secara tak langsung membuatkan pengaliran darah di dalam saraf-saraf dan pembuluh darah aku berjalan laju keseluruhan badan (ha3). Akhir kata, bukan senang nak senang, perlulah berusaha untuk terus berjaya dan sebenarnya tidaklah sesusah seperti mana yang kamu fikirkan. Yang penting kekal kemaskini blog kamu dan sentiasa mencari ruang untuk mencuri! Mencuri peluang la (ha3)

Posted on 15 December '09 by Megat, under Ilmu. 63 Comments.

Amukan Power Ranger, Sikit Lagi Nak Jadi Kesatria Perkasa Hitam!

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Tak sangka, aku tidak menyangka isu-isu sebelum ini seperti klik-klik nuffnang dan klik dapatwang menjadi isu panas. Kamu boleh nampak dengan melihat sambutan komen-komen hangat. Atau yang hanya membaca tapi tak reti nak komen, kamu boleh lihat berapa jumlah pembaca yang catatan-catatan tersebut (he3).

Topik je nampak macam merepek tapi ia menjelaskan keadaan yang berlaku seperti yang dapat dihuraikan oleh ratu penyelamat, Kak Jie mengenai amukan pasukan power rangers (ha3). Kak Jie memang pandai bermain dengan kata-kata, itulah contoh blogger yang layak mendapat unique visitor yang tinggi! (hu3).

Jom menulis blog dengan cara betul

Jom menulis blog dengan cara betul

Tujuan catatan ini bukan nak keruhkan keadaan yang sedia keruh lagi. Tujuan catatan hanyalah untuk menjelaskan keadaan kenapa power ranger tersebut mengamuk. Kebetulan di catatan terkini blog Kak Jie sudah menjelaskan bagaimana untuk membina asas menulis blog, ditambah pula dengan penerangan asas secara teknikal tentang nuffnang di blog Fauzi dan penantian yang berbaloi oleh sibintang.

Masing-masing telah dikurniakan akal dan fikiran yang baik dari Allah Ta’ala. Jangan lakukan perkara yang membuang masa, teruskan perjuangan. Mana yang elok kita kongsi-kongsikan dan yang tak elok kita jadikan tauladan. Sebenarnya kamu sudah beruntung dimana banyak catatan dari mereka yang lebih lama merujuk kepada tip-tip dan teknik-teknik untuk dapatkan trafik.

Aku dan rakan-rakan lain tiada niat langsung nak menjatuhkan blogger lain. Cukuplah sekadar ia dianggap sebagai nasihat. Itu belum aku dedahkan yang kamu gelarkan ‘kami’ anjing kan!? Aku baru perasan setelah aku berlegar-legar di rangkaian blogger terbabit. Tolong fikir untuk kebaikan bersama.

Dunia blog Malaysia dah la masih kecil tapi sudah menunjukkan gelodak kekeruhan dalam diri masing-masing. Memang tak elok tu (he3)

Aku hanya manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan. Maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung, tujuan aku untuk sedarkan apa yang buruk dan tak betul. Yalah ada sesetengah perkara kalau dilakukan dengan cara baik, tidak pula mendapat perhatian tapi kalau dibuat dengan cara amukan, barulah semua merasa bahangnya. Itu realiti bukan? (he3).

Posted on 2 December '09 by Megat, under Motivasi. 63 Comments.