Tags:bahaya hidup dalam stress, bukan sakit mental, ekonomi semakin buruk, ekonomi yang tidak terancang, gaya hidup yang semakin buruk, ibubapa bertanggungjawab, kata-kata manis yang mengujakan, mari belajar bahasa inggeris, mental block penulis blog, pengaruh penulis blog, psikologi manusia, psikologi penulis blog, sejarah hitam yang tak mungkin putih, sekatan mental sementara, semarakkan semangat penulis blog, stress, sudah jatuh ditimpa tangga, tanggungan yang membebankan, tanggungjawab ibubapa, tekanan boleh membunuh, tekanan terlampau yang boleh membunuh.
Aduh perkara macam ni yang aku malas nak bawa bincang. Erk!? Bincang ke? (ha3). Boleh lah kot pasal selagi ada kata-kata manis dari rakan, kata-kata busuk pun boleh juga (he3). Yang penting apa kata kamu pun boleh menyemarakkan semangat penulis blog macam aku. Atau lebih dikenali dengan bahasa moden yang bercampur bahasa inggeris yakni bloggger (hu3).
Adeh dah mula lah aku nak merepek sambil beramas mesra sesama blogger (kah3). Sungguh, sekatan mental yang aku alami cukup memberi kesan untuk blog ini bernyawa. Tengok 2 3 hari ni, blog ini kejatuhan trafiknya semenjak ia meletup dek kerana catatan panas yang tidak terbakar dan kemasukan pasukan power rangers yang tidak suka morphins (kah3).
Kalau bab merepek serah sahajalah. Berjela-jela la catatan aku (he3). Mak aih ini baru mukadimah belum lagi isi perut (hu3). Ok, ok aku terus ke topik sebenar, ada pembaca yang lari pula kan?
Sekatan mental atau lebih popular dan mudah disebut sebagai mental block. Orang kita ni perkataan-perkataan pendek suka pula sebut dalam bahasa omputih (ha3). Ya lah dulu suruh belajar bahasa omputih, kamu main-main termasuk aku la tu. Nasib baik ada pengalaman kerja dengan bangsa asing dari serata dunia (hu3). Tengok merepek lagi?
Apa yang aku nak bangkitkan (macam bangkit dari tidur pula ha3) adalah mental aku secara sementara. Ini mungkin disebabkan tersekatnya bendasing-bendasing yang tidak diperlukan yang mungkin juga bendasing tersebut melekat di dalam otak aku (hu3).
Antaranya mungkin disebabkan,
- Stress atau Tekanan - Aku rasa bab ni aku dah tak payah nak jelaskan sebab ia ternyata mengganggu aku sejak setahun lalu. Selagi sakit aku tidak pulih sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 50% pulih, yang boleh ubah keseluruhan hidup aku menjadi lebih baik.
- Gaya Hidup – Berkait rapat dengan sakit yang aku alami. Semuanya berubah, kalau berubah menjadi lebih baik tak apalah juga. Ini tidak, berubah menjadi lebih buruk termasuklah menghasilkan catatan tidak berkualiti seperti ini (hu3).
- Ekonomi - Sememangnya secara automatik menjadi semakin teruk dek kerana tekanan hidup melampau yang secara tak langsung memberi impak kepada gaya hidup. Akhirnya tiada satu punca pendapatan yang aktif, beku dan tepu!
- Tanggungan - Bertambahlah tekanan apabila memikirkan tanggungan. Banyak perkara yang belum terlangsai (terlangsai!? ha3). Rumah, persekolahan anak, keperluan dan banyak lagi secara tak langsung menangguhkan proses untuk aku menjalani pembedahan yang menentukan perjalanan hidup aku seterusnya (sedih! hu3).
Cukuplah sampai situ eh, kalau aku cerita lebih-lebih pun bukan ada duit gugur dari langit kan? (kah3). Apatah lagi tujuan utama aku untuk khabarkan bahawa aku masih hidup dan secara tak langsung menjadi alasan, kenapa aku tidak kemaskini blog! Alasan boleh pakai tak? (kah3).
Kenapa pembedahan selalu bertangguh? Tak apalah, tak perlu dibincangkan disini sedangkan ramai yang bertandang dirumah aku kununnya dari bantuan itu dan bantuan ini pun tak dapat membantu. Menambahkan lagi sakit ada la sebab masing-masing ada agenda tersembunyi mereka sendiri laksana orang hitam yang selalu menyerang power rangers. Cam haram! Politik!
Aku rasa dah terjawab persoalan kan? Ah apa lagi keluarkan kata-kata semangat yang boleh buat aku bangkit dari sejarah hitam hidup aku. Boleh?
Posted on 5 December '09 by Megat, under Diari. 24 Comments.
Tags:amukan dari blogger, blog artis, blog politik, blog yang cantik, blogger cun, blogger hensem, blogger yang cun, blogger yang hensem, disiplin menulis blog, format menulis blog, huraian yang baik, internet, klik-klik nuffnang, pendapatan dari nuffnang, pendapatan pasif dari blog, pengaruh blog, pengaruh penulis blog, psikologi, psikologi manusia, psikologi penulis blog, stress, teknik menulis blog, tip menulis blog, trafik yang cun, trafik yang laju, trafik yang tinggi.
Tak sangka, aku tidak menyangka isu-isu sebelum ini seperti klik-klik nuffnang dan klik dapatwang menjadi isu panas. Kamu boleh nampak dengan melihat sambutan komen-komen hangat. Atau yang hanya membaca tapi tak reti nak komen, kamu boleh lihat berapa jumlah pembaca yang catatan-catatan tersebut (he3).
Topik je nampak macam merepek tapi ia menjelaskan keadaan yang berlaku seperti yang dapat dihuraikan oleh ratu penyelamat, Kak Jie mengenai amukan pasukan power rangers (ha3). Kak Jie memang pandai bermain dengan kata-kata, itulah contoh blogger yang layak mendapat unique visitor yang tinggi! (hu3).

Jom menulis blog dengan cara betul
Tujuan catatan ini bukan nak keruhkan keadaan yang sedia keruh lagi. Tujuan catatan hanyalah untuk menjelaskan keadaan kenapa power ranger tersebut mengamuk. Kebetulan di catatan terkini blog Kak Jie sudah menjelaskan bagaimana untuk membina asas menulis blog, ditambah pula dengan penerangan asas secara teknikal tentang nuffnang di blog Fauzi dan penantian yang berbaloi oleh sibintang.
Masing-masing telah dikurniakan akal dan fikiran yang baik dari Allah Ta’ala. Jangan lakukan perkara yang membuang masa, teruskan perjuangan. Mana yang elok kita kongsi-kongsikan dan yang tak elok kita jadikan tauladan. Sebenarnya kamu sudah beruntung dimana banyak catatan dari mereka yang lebih lama merujuk kepada tip-tip dan teknik-teknik untuk dapatkan trafik.
Aku dan rakan-rakan lain tiada niat langsung nak menjatuhkan blogger lain. Cukuplah sekadar ia dianggap sebagai nasihat. Itu belum aku dedahkan yang kamu gelarkan ‘kami’ anjing kan!? Aku baru perasan setelah aku berlegar-legar di rangkaian blogger terbabit. Tolong fikir untuk kebaikan bersama.
Dunia blog Malaysia dah la masih kecil tapi sudah menunjukkan gelodak kekeruhan dalam diri masing-masing. Memang tak elok tu (he3)
Aku hanya manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan. Maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung, tujuan aku untuk sedarkan apa yang buruk dan tak betul. Yalah ada sesetengah perkara kalau dilakukan dengan cara baik, tidak pula mendapat perhatian tapi kalau dibuat dengan cara amukan, barulah semua merasa bahangnya. Itu realiti bukan? (he3).
Posted on 2 December '09 by Megat, under Motivasi. 63 Comments.
Tags:blogger yang cun, blogger yang hensem, busuk hati boleh membunuh, derita yang aku tanggung, doa untuk aku sekeluarga, kenapa kau busuk hati, keperitan yang aku tanggung, psikologi manusia, psikologi penulis blog, sakit misteri yang aku tanggung, stress, sumbangan ikhlas dari teman, terima kasih atas doa.
Setahun lebih. Setahun lebih aku menanggung kesakitan ini. Bila rasa itu datang, semua kerja terpaksa ditangguh. Yang nyata ia datang dan pergi tanpa isyarat.
Jika kau pembaca setia blog ini dan juga terdiri dari rakan-rakan blog, kau sudah tahu apa yang telah terjadi pada diri aku. Terima kasih atas doa yang tidak putus dari kalian semua.
Misteri sakit ini tidak pernah terungkai tapi yang nyata ia adalah punca penyakit-penyakit lain timbul. Misteri yang telah bertabung dalam badan selama lebih kurang 5 tahun dan akhirnya menunjukkan kesannya secara perlahan-lahan.
Dan selama 2 tahun kebelakangan ini, mereka yang mencipta misteri tersebut berjaya membuatkan hidup ini merana sekeluarga. Dari bekerjaya hingga duduk diam dirumah. Dari berharta hingga sedikit dikikis. Dari bahagia hingga hidup tertekan.
Kesan yang ditinggalkan aku rasa amat perit untuk aku tanggung sekeluarga. Tangisan menjadi peneman tatkala tiada tempat mengadu. Tangisan menjadi peneman tatkala perut ini meminta untuk diisi. Tangisan menjadi peneman apabila anak-anak meminta.
Sudah puas berubat sana sini. Dengar disana kununnya ada orang berilmu, terus pegi kesana. Dengar disini kununnya ada yang pandai mengubat, terus menuju ke tempatnya. Akhirnya aku buat kesimpulan, mereka juga menjalankan perniagaan yang kununnya berasaskan sumbangan ikhlas (hu3).
Akhirnya keputusan dibuat. Sakit masih ditanggung aku. Buat apa aku berantara dengan mereka yang kununnya tahu soal itu soal ini sedangkan aku diberi bentangan yang luas untuk menadah tangan memohon secara terus ke hadrat-NYA?
Kini banyak komplikasi sakit lain yang muncul. Mungkin kerana tekanan yang melampau dari sakit misteri tersebut. Sama ada berubat secara tradisional atau moden, sakit ini masih dirasai. Masih melekat pada tubuh ini.
Mohon doa untuk kesejahteraan aku dan keluarga.
Posted on 23 November '09 by Megat, under Diari. 18 Comments.
Tags:gadis cun, gadis melayu, hati, hypertension, jiwa, moral, psikologi, sosial, stress, tekanan darah tinggi.
Dalam era kemodenan ini manusia semakin dihimpit dengan pelbagai masalah yang semakin merumitkan. Terkejar-kejar untuk memenuhi keselesaan hidup dan kemewahan. Sehingga sanggup melupakan tentang keadaan kesihatan diri sendiri.
Wah sekarang ni menulis macam pakar motivasi pula (ha3). Ok serius, serius.
Sebelum itu kamu perlu tahu, apakah definisi stress sebenarnya. Percaya atau tidak, keyword tekanan dan stress antara keyword tertinggi untuk blog ini. Jadi apa masalahnya?
Aku ambil kesimpulan mudah iaitu sememangnya pengguna internet ramai yang sedang stress!
Tanpa disedari manusia semakin menjadi tidak tenteram, semakin tidak mesra, semakin kurang bijak mengendalikan hidup sendiri, pentingkan diri sendiri, bosan dengan hidup dan macam-macam masalah yang hanya disebabkan tekanan hidup atau lebih dikenali stress!
Bagaimana ianya berlaku dan apakah puncanya!?
Ada beberapa kemungkinan besar yang menyebabkan stress boleh berlaku kepada kita. Dan jika ia tidak dapat ditangani dengan bijaksana maka akan menjadi bertambah kronik dan bisa terjadi perkara yang lebih buruk dan diluar kawalan kita.
Antara punca utama stress adalah,
- Persekitaran – keadaan persekitaran juga sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan stress kita seperti tubuh kita tidak menerima keadaan sekeliling.
- Gangguan – sakit mata memandang, sakit hati merasa dan apa-apa yang berlawanan dengan kehendak individu.
- Luar Kemampuan – fikiran dan kebolehan yang terhad dan tidak suka terburu-buru untuk mengubah keadaan.
Apakah tanda-tanda tekanan atau stress!?
Sama ada anda perasan atau tidak, terdapat beberapa tanda-tanda apabila seseorang itu telah berada dalam keadaan tertekan atau stress yang agak berat.
Penting untuk kita mengetahui jika seseorang individu berada dalam keadaan stress kerana jika dikesan lebih awal dapat kita atasinya dan mengesan puncanya lebih awal.
Seseorang itu berada dalam stress yang tidak terkawal apabila,
- Sukar membuat keputusan – kebingungan dan tidak berfikiran melalui kewarasannya.
- Sukar mengawal emosi – boleh bertindak di luar kawalan (sangat bahaya!).
- Penolakan pendapat – bersifat negatif.
- Hilang kepercayaan – merasakan tiada sesiapa yang dapat membantu.
- Tidak tenteram – tidak selesa, serba tidak kena, buat itu salah, buat ini salah.
Jika semakin dibiarkan ia bisa menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan jantung.
Posted on 5 November '09 by Megat, under Motivasi. 16 Comments.
Tags:darah tinggi, hipertensi, jantung, kencing manis, Motivasi, psikologi, stress, tekanan.

Stresskah kamu!?
Sudah banyak artikel yang ditulis berkaitan stress atau dalam erti kata sebenar ialah tekanan. Namun berapa ramai antara kita yang menitikberatkan berkenaan maksud sebenar stress dan berupaya untuk menjadi lebih baik atau mengawalnya.
Umum tahu berada dalam masyarakat yang sentiasa mempertingkatkan diri untuk lebih mahu seiring dengan pembangunan akan menyebabkan semakin ramai berada dalam keadaan stress.
Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu apa itu stess!? Dan berapa ramaikah yang tahu sejauh mana kebaikan dan keburukan stress!?
Stress didefinisikan dalam dua keadaan yang asalnya dari perkataan eustress dan distress.
Eustress bermaksud dapat sesuaikan diri dan membina diri.
Distress pula lawan dari maksud definisi sebelum ini iaitu tidak dapat menyesuaikan dan merosakkan diri.
Dari definisi yang dijelaskan diatas, kita perlu tahu bahawa stress tidak bermakna hanya membawa keburukan ke atas diri kita. Malah ia juga penting untuk kita dapat sesuaikan diri dan mempertingkatkan diri dalam sesuatu keadaan. Apatah lagi untuk psikologi manusia mahu pun motivasi individu itu sendiri.
Dari segi kebaikan stress perlu ada sedikit dalam diri kita untuk menyesuaikan diri dalam situasi dimana kita amat asing dalam dunia tersebut. Kemungkinan ia terjadi kerana ketidak biasaan individu dalam keadaan tersebut seperti baru berpindah rumah atau berpindah tempat kerja. Biasanya ia terjadi pada permulaan individu memulakan kehidupan ditempat baru. Tapi lama-kelamaan kita akan dapat biasakan diri.
Stress yang baik juga perlu dalam situasi individu mempertingkatkan taraf hidup. Ini penting dalam diri kita kerana setiap individu punyai matlamat untuk capai ke satu tahap dan mencapainya dalam jangka masa tertentu. Secara tak langsung ia akan membuatkan kita memaksa diri secara sihat dalam perkembangan jati diri, psikologi dan motivasi diri.
Namun seperti yang kita maklum, perkataan stress selalu disalah ertikan untuk situasi yang buruk. Memang benar bahawa stress yang terlampau bakal menyebabkan sesuatu kejadian buruk berlaku. Lihat sahajalah dalam masyarakat kita yang hidup dalam taraf hidup yang semakin baik sehinggakan kita lupa bahawa stress kita pun semakin bertambah buruk.
Stress yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal bakal menyebabkan diri kita sendiri dan badan kita melalui pelbagai komplikasi yang tidak baik. Dalam sesetengah keadaan boleh menyebabkan individu menajadi hilang pertimbangan sehingga menyebabkan gila dan situasi lain pula bakal menyebabkan sistem badan kita lumpuh atau gagal berfungsi dengan baik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung!
Kesimpulannya stress yang terkawal dapat menambahbaikkan hidup kita dan stress yang berpanjangan akan memudaratkan diri. Oleh itu tangani stress dengan melakukan perkara yang dapat mengimbangi keadaan tersebut. Jangan terlalu ambil mudah kerana ia boleh memburukkan keadaan.
Kamu bagaimana?
Posted on 5 November '09 by Megat, under Motivasi. 2 Comments.