Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Tag Archives: suci

Perkara-perkara Asas Wajib Tahu Sebelum Sembahyang

Tags:, , , , , , , , .

Wudhuk

Wudhuk

Seperti sedia maklum, setiap hari jumaat blog ini membincangkan topik khas berkenaan dengan kelengkapan kita sebagai orang islam. Ia memenuhi kehendak asas (fitrah) manusia, ilmu-ilmu asas islam dan nasihat-nasihat penting (tazkirah).

Sebelum melangkau lebih jauh tentang islam adalah lebih baik kita memenuhi ilmu didada. Macam nak berperang pulak (he3). Ini penting untuk memastikan perkara asas diperkuatkan.

Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan tentang bersuci,

  1. Definisi bersuci
  2. Jenis-jenis air
  3. Bahagian-bahagian najis
  4. Samak
  5. Istinjak
  6. Qada’ hajat
  7. Berkhatan atau bersunat
  8. Bersugi
  9. Wudhuk
  10. Menyapu khuf atau moza
  11. Mandi
  12. Tayammum

Kita wajib tahu untuk memastikan perkara-perkara wajib lain dapat dijalankan dengan sempurna. Yalah kalau tidak sempurna bersuci maka tidak gunalah melakukan perkara-perkara lain termasuk sembahyang kerana sudah pasti berlakunya batal dan tidak diterima Allah SWT.

Titik beratkan yang wajib dan asas dulu, tidak guna memikirkan perkara yang perlu dilakukan tetapi tidak menumpukan yang asasnya. Perkukuhkan asas dahulu supaya kesempurnaan dan ketertiban diterima Allah Ta’ala.

Insya allah topik ini bakal dihurai selanjutnya.

Rujukan Soleh.

Posted on 6 November '09 by Megat, under Islam. 5 Comments.