Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Tag Archives: sumbangan ikhlas

Selamat Tinggal, Terima Kasih Atas Segalanya

Tags:, , , , , , , .

Selamat tinggal

Selamat tinggal

Terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh semua pembaca blog ini. Tak lupa juga kepada rakan-rakan blog yang tidak pernah lupa memberi galakan dan kata-kata semangat.

Apa yang lagi yang tinggal hanyalah kenangan manis dan pahit yang tidak akan dilupakan. Aku cukup terharu dengan sokongan yang diberikan termasuk sumbangan ikhlas dari rakan-rakan blog dan pembaca blog ini untuk aku teruskan penulisan aku dan hidup aku sekeluarga.

Banyak perkara yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini seperti,

Sakit

Aku rasa ramai yang sudah mengetahui akan kedudukan diri aku dimana sejak tahun lepas diganggu sakit misteri. Secara tak langsung telah merubah banyak perkara dalam hidup aku termasuk dalam dunia sebenar. Sakit yang pada mulanya dianggap misteri, kini telah menyebabkan beberapa komplikasi penyakit lain.

Hampir 2 tahun aku menanggungnya. Kesannya cukup mendalam hingga melibatkan kayakinan aku mengenai dunia realiti juga turut ampuh. Antara kesan yang sangat nyata seperti aku berada dalam keadaan tekanan paling tinggi dalam sejarah hidup aku. Apatah lagi melibatkan keluarga aku sendiri.

Kewangan

Impak dari kesan sakit tersebut, aku juga sudah lama tidak mampu bekerja. Secara tak langsung apa yang aku miliki selama ini turut hilang dari pandangan atau dari pegangan aku. Apa yang tinggal hanyalah anak-anak dan isteri. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan kepahitan hidup aku tetapi cukuplah sekadar coretan untuk ingatan aku sendiri disini dan mungkin boleh jadikan iktibar pada orang lain.

Dan atas alasan ini juga mungkin aku terpaksa berpindah lagi memandangkan kewangan yang terhad untuk mencari kediaman yang lebih murah sewanya. Mungkin rumah kayu? Tetapi cukuplah sekadar aku dapat menyediakan bumbung, dinding dan lantai untuk anak isteri berteduh.

Dalam bab ini juga, aku cukup terharu kerana ramai dari pembaca blog ini dan rakan-rakan blog lain yang turut membantu aku sekeluarga. Dan beberapa kerat rakan luar talian (offline) yang membantu. Namun aku akur, demi mencari sesuap nasi dan dinding dan bumbung untuk aku berteduh.

Sosial

Kehidupan sosial aku terlalu hambar yang secara tak langsung menambahkan lagi tekanan pada diri aku dan malah kepada anak isteri. Sejak aku sakit dan punyai sumber kewangan yang terlalu terhad, kehidupan sosial aku turut berubah ke tahap yang sangat teruk hingga aku tidak mampu untuk buat keputusan dalam apa sahaja perkara.

Lebih menyakitkan apabila difikirkan tentang “kawan gembira ramai, kawan menangis!?”. Ini bukan catatan aku untuk meraih simpati tetapi betapa aku sedar bagaimana sikap sesetengah manusia yang bergelar sahabat dan kawan. Pengalaman ini aku simpan hingga akhir hayat, aku tidak pernah lupa setiap kesakitan yang dilalui.

Namun aku akur atas perintah dan kebaikan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai islam yang secara tak langsung menggalakkan kehidupan bersosial. Allahu abar! Apa yang buat aku tak faham, bagaimana orang lain selalu ingat apa keburukan kita tetapi tidak melihat keburukan diri sendiri!?

———————————————

Itulah sedikit sebanyak perkara yang aku kongsikan sebagai penulisan koleksi peribadi yang aku alami sepanjang tahun ini, 2009. Tak banyak yang boleh aku ungkapkan untuk ucapkan selamat tinggal 2009 kerana kesilapan dalam pemindahan pengkalan data blog ini. Apa yang ada diblog ini adalah seperti blog yang baru dilancarkan.

Apa yang aku boleh katakan, jika dapat lihat sendiri depan mata kenyataannya lebih pedih dari menulis di blog ini. (sebak! hu3)

Dengan saki baki keyakinan yang aku ada, aku cuba bangkit kembali pada semangat baru yang bakal muncul iaitu 2010!

Posted on 31 December '09 by Megat, under Diari. 16 Comments.

Terima Kasih Rakan Blogger, Kamu Sememangnya Pemurah!

Tags:, , , , , , , .

Terima kasih atas sumbangan, kawan!

Terima kasih atas sumbangan, kawan!

Alhamdulillah, syukur. Masih ada hari esok. Begitulah gambaran awal untuk blog ini menyambung perjuangannya. Syukur kehadrat Allah kerana memberi jalan untuk aku terus berkongsi kisah dan pengalaman dalam kehidupan.

Sungguh, aku sebenarnya sungguh terharu terhadap impak yang diberikan oleh pembaca dan rakan-rakan blogger. Sejak aku suarakan untuk memohon bantuan menyelamatkan domain blog ini, mereka tak putus-putus memberi cadangan dan sumbangan.

Pada asalnya, aku teragak-agak untuk memohon bantuan kerana aku rasa seperti tidak adil dan kemungkinan keputusan yang bakal aku ambil adalah terus menyepikan diri dari dunia blog.

Ternyata cubaan aku berhasil, aku sememangnya tidak menyangka blog ini punyai peminatnya yang tersendiri. Sebelum ini aku ada catat tentang kejatuhan trafik dari statistik Nuffnang yang kelihatan jatuh teruk sehingga sekali ganda. Tetapi ternyata ia tidak menggambarkan bahawa blog ini tewas!

Dalam kata lain, sesungguhnya dunia blog negara kita masih punyai penulis yang berjiwa pemurah!

Kepada pembaca dan rakan-rakan yang membantu, aku teramat terharu dan sudah pasti apa yang kamu sumbangkan adalah dorongan kepada aku untuk teruskan perjuangan dalam penulisan blog.

Posted on 1 November '09 by Megat, under Diari. 23 Comments.