Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Tag Archives: twitter

Fanatik Siber, Punca Utama Gejala Sosial?

Tags:, , , , , , , , .

Secara umumnya ia memang berlaku kepada cara hidup moden kita yang penuh dengan kecanggihan teknologi. Rata-rata orang kita sudah mengenali apa itu dunia siber atau dikenali dengan dunia tanpa sempadan.

Fanatik atau taksub bermaksud suatu emosi yang penuh dengan semangat yang berlebihan terhadap sesuatu yang diminati. Akan tetapi ia tidak kritikal. Biasanya berlaku apabila ketaksuban ke atas sesuatu perkara yang menjadi budaya hidup dan kegemaran atau hobi.

Fanatik siber punca gejala sosial!?

Fanatik siber punca gejala sosial!?

Cuma kali ini aku ingin mengaitkan tentang ketaksuban kita terhadap dunia tanpa sempadan. Isu ini sudah banyak kali dikupas sama ada di media massa dan media elektronik. Aku masih ingat lagi, ianya pernah dikupas di dalam rancangan terbitan TV3 iaitu Wanita Hari Ini.

Sesetengah masyarakat kita sering mengaitkan dunia siber ini dengan berlakunya gejala-gejala sosial pada masa kini. Aku tidak menafikannya, tapi apa yang aku harapkan mereka faham bahawa dunia siber juga punyai banyak kelebihan secara langsung.

Aktiviti yang mampu membuatkan seseorang itu fanatik siber adalah seperti,

  1. Maklumat – teknologi canggih ini mempercepatkan proses carian maklumat yang kamu ingin dapati, tidak kiralah maklumat berkenaan apa sekali pun, ternyata ia pantas dan berkesan seperti maklumat di blog.
  2. Sosial – mereka yang terlibat dalam meningkatkan kehidupan sosial mereka terlalu tinggi kini, mereka berebut untuk menyertai rangkaian sosial seperti facebook dan twitter yang kununnya tidak ketinggalan zaman.
  3. Permainan Dalam Talian – semakin popular sekarang dan mendapat sambutan menggalakan itu pun bergantung kepada capaian internet negara kita (hu3).

Namun dalam dunia siber ini terdapat keburukannya juga, dimana gejala sosial bisa terserap dalam corak hidup yang tidak bermoral kerana penerimaan maklumat yang tidak betul. Mereka selalu terperangkap dengan cara sebegini memandangkan setiap maklumat mendapat capaian secara langsung.

Secara keseluruhannya, fanatik atau tidak bukan persoalannya memandangkan ia boleh berlaku untuk tujuan kebaikan mahu pun keburukan. Sebaiknya anda mendisiplinkan diri ke arah yang boleh memberi faedah dan kebaikan untuk kehidupan yang lebih sihat!

Posted on 5 November '09 by Megat, under Motivasi. 15 Comments.

Apa itu SEO, Apakah Peranan Dan Fungsinya?

Tags:, , , , , , , , , , , , , .

Jika kamu terlibat dalam penulisan blog, kamu perlu tahu pengetahuan dalam asas untuk memaksimumkan kebolehan blog kamu. Ianya tidak cukup jika kamu tahu menulis dan punyai pengetahuan atau kemahiran tentang sesuatu tetapi tidak mengaplikasikan kebolehan sedalam mendalam.

Apatah lagi kamu berusaha untuk mendapatkan pendapatan pasif dari hasil penulisan kamu seperti pengiklanan yang semakin banyak terdapat di negara kita. Pada pandangan aku, ia akan menjadi sia-sia walaupun sekeras mana sekalipun kamu berusaha tanpa menggunakan teknik-teknik tertentu seperti SEO!

Masalah yang dihadapi oleh penulis blog

Masalah yang dihadapi oleh penulis blog

Imej di atas adalah satu contoh terbaru persoalan yang timbul mengenai kehairanan kenapakah tidak mendapat trafik seperti dikehendaki? Ok disini aku perlu perjelaskan semuanya bermula dari SEO yang secara tak langsung menarik lebih banyak trafik ke blog kamu.

Apa itu SEO (Search Engine Optimization)? Ia adalah satu fungsi yang secara subjektif mengoptimasikan sesebuah blog atau web di enjin-enjin carian. Ini secara tak langsung akan menyebabkan web atau blog berada pada senarai terawal atau sekurang-kurangnya pada halaman utama enjin carian. Ia juga dikenali sebagai SERP (Search Engine Result Page).

Penting disini untuk ketahui SEO mainkan peranan yang amat besar dalam pencarian trafik organik dan trafik yang datang dari fungsi-fungsi algoritma dari setiap enjin-enjin carian. Apa yang aku faham, blog kamu akan berjaya sekiranya kamu berjaya dapatkan sekurang-kurangnya 70% dari enjin carian! Kamu tidak boleh berharap pada kunjungan rakan-rakan  dan teknik yang kamu selalu guna seperti menghantar pautan ke twitter dan facebook semata-mata (he3 jangan marah).

Kamu perlu tahu jika kamu melakukan seperti cara mudah untuk membina blog dan mendapatkan trafik ke blog ini, ianya tidak cukup! Untuk sesi pengenalan seterusnya kamu perlu baca dan faham catatan tersebut. Sekurang-kurangnya kamu juga perlu tahu pengetahuan teknik asas blog dan cara untuk dapatkan trafik.

Mungkin bagi penulis baru agak sukar untuk memahami secara keseluruhan tetapi lama kelamaan kamu akan pakar (he3). Percayalah jika kamu tahu teknik sebenar kamu akan menyesal (kah3).

Aku akan teruskan catatan ini pada catatan akan datang, sementara itu aku ingin tahu berapa ramai yang ingin tahu apakah fungsi asas SEO tersebut atau mungkin ada pakar-pakar SEO tempatan yang boleh tinggalkan komen mengenai apa yang kamu tahu.

Harap sudi berkongsi pengetahuan sebelum aku teruskan pada sesi seterusnya ;)

PS – Diluar negara punyai pakar SEO nya sendiri. Dibayar untuk hanya melakukan fungsi SEO sahaja. Pereka Web kita kebanyakkannya lakukan semuanya (hu3). Seperti seorang kawan yang aku kenal pakar SEO dari India.

Posted on 3 November '09 by Megat, under Ilmu. 13 Comments.