Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Teknologi Maklumat, Kerja Yang Sebabkan Stress Terlampau!?

teknologi maklumat

Teknologi Maklumat (IT)

Agaknya zaman moden kini, kita tidak boleh lari dari stress atau tekanan. Apatah lagi kita semakin bekerja keras untuk seiring mengejar teknologi yang semakin canggih dan hidup yang semakin mencabar. Bergantung juga kepada apakah punca dan tanda-tanda yang menyebabkan stress boleh berlaku. Begitu jugalah dalam dunia pekerjaan, tidak kerja maka macam mana nak hidup kan? (hu3).

Cerita pasal kerja, kita juga ingin tahu apakah jenis kerja yang benar-benar bikin stress? Setelah buat sedikit kajian rupa-rupanya kerja yang boleh bagi impak atau momentum stress yang terlampau adalah di bidang IT atau dalam ayat panjangnya Teknologi Maklumat! Patutlah aku tak suka bidang tersebut (ha3).

Wah, mungkin ramai yang puas hati, maka ramailah yang kata kerja yang mereka lakukan pun stress juga. Sabar, sabar. Fakta tentang kesahihan topik tersebut aku dapat dari kajian yang dibuat oleh SWNS ke atas 3000 orang mewakili Skillsoft sebagai penyedia pembelajaran secara dalam talian.

Benarkah? Kenapa? Adeh banyak pula persoalan yang timbul. Aku sendiri punyai pengalaman dalam bidang berkenaan yang bersangkut paut dengan bidang kejuruteraan teknologi maklumat. Apa yang aku boleh kongsi ialah,

  1. Masa - bekerja dalam masa yang panjang sehingga tidak mampu uruskan kehidupan sebagai manusia biasa. Apatah lagi kerja dibawah syarikat besar sebagai vendor atau outsources. Dah lah kerja lebih masa kadang-kadang dari pagi sampai pagi esok lepas tu tiada bayaran kerja lebih masa dan claim lain-lain.
  2. Log/Kerja – biasanya kerja di dalam bidang IT bergantung kepada berapa banyak laporan kes atau masalah yang diterima. Biasanya disebut sebagai log case atau job. Apa yang boleh aku katakan, log yang diterima jarang boleh habiskan dalam masa sehari kerana jumlah log yang diterima atau dibahagikan oleh operasi IT berlebihan. Apatah lagi apabila ada syarikat yang kununnya nak cut cost tapi menyeksa staff lain! Staff 5 orang, log untuk 15 orang, gila!
  3. Pencapaian - yang ini selalunya dituju kepada pencapaian syarikat yang ingin capai sasaran perniagaan mereka. Apa yang tak logiknya apabila jurutera mereka bekerja macam buruh kasar. Mereka nak untung tapi pekerja dilayan macam lembu yang dicucuk hidung. Bukan nak komplen tak tentu hala tapi bayangkan lah kalau dalam satu hari nak kena selesaikan 15 – 20 klien! Padahal 1 hari boleh selesaikan 5 – 6 kes klien sahaja, akal ada ke? Nak kaya cepat dan nak jimat pun agak-agak la.
  4. Pengurus - ini lagi satu masalah. Ada pengurus dalam bidang IT tapi tak pernah tahu pasal IT, yang ini memang cam haram! Mulalah fikir dia bagus, bila dah fikir bagus, mulalah yang jadi mangsanya ialah jurutera IT (aku la tu hu3). Dah la tak tahu apa-apa dalam kerja-kerja field, lepas tu dok main hentam semua kerja boleh dilakukan segera. Adeh dah lama aku tak kerja pun masih terasa bahangnya (hu3).

Cukuplah antara senarai ketidakpuasan hati aku sebagai jurutera IT sebelum ini. Secara tak langsung juga ia bersangkut paut dengan punca yang boleh sebabkan pekerja dalam teknologi maklumat boleh stress. Itu belum dicampur lagi dengan ayat-ayat biasa dari klien,

Boleh siapkan cepat tak, kita orang banyak kerja mahu buat!

Panas je telinga dengar, nasib baik tak bernanah. Maka terpacullah juga ayat-ayat dari jurutera IT,

Lu mau cepat, bikin sendiri la. Ini kerja gua, gua tahu la nak bikin macam mana!

Ambik kau! Maklumlah hati dah panas, kerja dari pagi sampai jumpa pagi balik lepas tu terpacul ayat-ayat panas hati dairi klien memang dapat bahagian la. Nak kena ada tolak ansur la, jangan nak sembrono (sebarang) je. Jurutera IT manusia juga, itu pun kalau kamu rasa kamu pun manusia la.

Cukuplah tunggu maklumbalas dari pembaca dan rakan-rakan. Nak sediakan ruang untuk rakan-rakan komen pepanjang juga (ha3).

Catatan-catatan rawak

Terbit pada 23 December '09 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
142 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , .

16 Komen untuk “Teknologi Maklumat, Kerja Yang Sebabkan Stress Terlampau!?”

23.12.09 at 21:21
Posted by paeh

jika kita terlibat dalm bidang IT nii. seeloknya kitacari alternatif jadi sbg freelance dlm bidang nii. sbb keja freelance flexible berbanding kerja bwh company. kit tgk cth khai cukup. huhu… dia pun dulu stress bila kerja dgn org dulu… hoho

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kebetulan aku berhenti pun sebab aku sakit. kalau tidak aku masih dalam bidang tersebut. kali terakhir aku ditemuduga sebagai pengurus IT (hu3).

skang ni aku nak keje jadi pak guard dah la. kurang skit stress (ha3)

[Jawab Balas]

paeh beri maklum balas:

yeke jadi pak guard. leh caya ke nii.. huhu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

belum lagi la. tapi aku sedang berusaha untuk minta keje sebagai pak guard boleh sesambil update blog. buat cover-cover dah la.

habis susah sangat nak dapat keje skang ni.

[Jawab Balas]

23.12.09 at 21:32
Posted by x-po

aku kalau blh, tak nak kerja makan gaji nnt, aku lbh prefer wat bisnes sndiri, sbb ada minat ke arah tu..bila ada bisnes sndiri, kurang skit tekanan berbanding tekanan dr org atasan

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

baguslah macam tu, teruskan niat ko disamping semangat yang tinggi. tempuh je, dan bina langkah-langkah yang baik ke arah tersebut.

buat bisnes sendiri, kaya sendiri, masa pun sendiri. langkah awal, cuba uji diri bikin niche blog untuk tahu kelebihan diri sebelum cebur bisnes sebenar ;)

ps – aku tengah sibuk bikin stall burger. bisnes juga kan? (ha3)

[Jawab Balas]

23.12.09 at 21:48
Posted by Fazreen

IT engineer is people too so kena paham la..robot pun boleh rosak inikan pula manusia.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

itulah. kebanyakan kes berlaku apabila ada staff yang bekerja dalam bidang lain memandang rendah pada kita yang bekerja dalam bidang IT.

contoh apabila trouble shoot kat akak-akak kerani. aku tahu la derang keje dalam administration tapi agak-agak la, paling panas bila kena sound, “orang IT makan gaji buta!”. itu yang aku tak dapat terima.

tak tahu sambil kita bikin kerja sana sini. kita juga terpaksa memandu kesana kemari untuk klien lain. kena pulak tempat jauh-jauh (hu3)

[Jawab Balas]

23.12.09 at 22:03
Posted by Mr.Bintang

ko keje IT bahagian mana erk?
tp pelik kan? bnyk gak aku jumpa pengurus IT tak tahu IT.. camne diorg leh dpt keje erk?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku belajar dalam programming, kemudian mula kerja dalam bidang prigramming. takde life langsung, stress gila. kemudian bertukar dalam bidang teknikal, field engineering.

ikut sejarah (cewah) aku lebih lama dalam bidang kejuruteraan teknikal IT. seronok sikit sebab boleh tengok dunia luar tapi tetap stress.

pengurus IT? biasalah kalau ambil kerana kelayakan tapi tiada pengalaman. apatah lagi pengurus dalam teknikal. tapi bukan semua macam tu. tapi kalau dapat bos yang tiada kelayakan, memang patutlah tidak sistematik (hu3).

[Jawab Balas]

23.12.09 at 22:20
Posted by RizalHardy

dulu kerja sys admin… bos/supervisor atas mmg mcm hape jek, sampaikan cat45 pun tatau apa benda… bila production tak jalan, tengah cuti pun dia panggil, padahal hal kecik yg dia patut handle… demm…

yang ayat nak cepat atas tu ,mmg dah jadi lali sgt kat telinga nih… bila system dah online, nak kena tgk dulu, bley maintain ke tak… nanti problem lagik, tu pun takboleh terima… nak suruh jalan gak production… ampes…

last2…. gua resign 24hours letter jek..haha…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sys admin, banyak benda nak kena buat juga kan? tak kenal cat45 takpe lagi. tapi kalau derang ingat keje IT macam keje kerani tu yang payah.

lepas bikin meeting tetiap minggu sebab nak tanya itu ini yang kita tahu dia belajar dari hasil meeting tersebut. hampes!

aku resign dari programming cam tu juga (ha3)

[Jawab Balas]

23.12.09 at 22:26
Posted by Kak Long

Mana ada kerja yang tak stress?
Setiap kerja ada cabarannya sendiri.
Dulu lepas grad, semangat gak nak kerja dalam bidang IT.
Tapi hakikatnya, setinggi mana kelulusan dalam bidang IT akhirnya boleh lupa juga kalau tak praktikkan. Sebab tu lah ada yang macam Mr Bintang katakan tu, banyak pengurus IT tak tahu IT. Dia cuma tahu mengurus je…namapun pengurus, kan!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

memang semua kerja stress kak, termasuk sebagai guru. tapi akur dengan kerja dalam syarikat swasta yang sememangnya mempergunakan sepenuh tenaga kerja yang ada semata-mata nak kejar keuntungan.

tapi yang dipaparkan diatas pengalaman yang dikongsi berdasarkan statistik kajian yang mengatakan bidang IT adalah bidang kerja yang paling stress (hu3).

bab pengurus pula, kalau tahu nak jadi pengurus perlulah tahu tentang IT. kena belajar serba sedikit supaya mudah faham apa yang staff buat. tak semestinya mereka belajar dari bawah atas sebab kelayakan mereka.

yang pelik apabila ada pengurus dari bidang pelancongan menjadi pengurus bidang IT, apakah?

[Jawab Balas]

24.12.09 at 10:49
Posted by ijamz

biasa la tu…aku pun dah 8 tahun keje dlm bidang IT.. tahan tak tahan je la.. tapi nak wat mcmana keje tetap keje..nak tak nak kena harung jugak la..yang penting duit poket cukup utk menampung kos sara hidup. keje susah tak keje lagi haru..

dulu pernah la wat freelance..tp stress tetap stress..pokoknya aku memang tak nak terlibat dlm bisnes IT..diluar waktu keje..

alhamdulillah aku dah jumpa dengan kerja freelance yang sesuai..modal sangat rendah..dapat kepuasan lg..insyallah aku nak terjun terus dlm bidang ni..satu hari nnti..nak jadikan main bisnes aku…

nak tau.. jom masuk http://www.bicarajutawan.net yang mana En Megat la moderator nya…hehehehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

memang betul, keje tetap keje. apatah lagi dah lama berkecimpung dalam bidang tersebut yang sudah tentu sukar untuk diubah-ubah.

bukan semua orang berani lompat-lompat camtu. aku pula kalau tak kerana sakit mungkin masih dalam bidang tersebut (hu3).

ko pun tahu ijam, untuk lari dari bidang tersebut kita telah banyak mencuba itu dan ini sehingga habis beribu-ribu (hu3)

ps – alamak bocor rahsia aku (kah3)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails