Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Terima Kasih Rakan Blogger, Kamu Sememangnya Pemurah!

Terima kasih atas sumbangan, kawan!

Terima kasih atas sumbangan, kawan!

Alhamdulillah, syukur. Masih ada hari esok. Begitulah gambaran awal untuk blog ini menyambung perjuangannya. Syukur kehadrat Allah kerana memberi jalan untuk aku terus berkongsi kisah dan pengalaman dalam kehidupan.

Sungguh, aku sebenarnya sungguh terharu terhadap impak yang diberikan oleh pembaca dan rakan-rakan blogger. Sejak aku suarakan untuk memohon bantuan menyelamatkan domain blog ini, mereka tak putus-putus memberi cadangan dan sumbangan.

Pada asalnya, aku teragak-agak untuk memohon bantuan kerana aku rasa seperti tidak adil dan kemungkinan keputusan yang bakal aku ambil adalah terus menyepikan diri dari dunia blog.

Ternyata cubaan aku berhasil, aku sememangnya tidak menyangka blog ini punyai peminatnya yang tersendiri. Sebelum ini aku ada catat tentang kejatuhan trafik dari statistik Nuffnang yang kelihatan jatuh teruk sehingga sekali ganda. Tetapi ternyata ia tidak menggambarkan bahawa blog ini tewas!

Dalam kata lain, sesungguhnya dunia blog negara kita masih punyai penulis yang berjiwa pemurah!

Kepada pembaca dan rakan-rakan yang membantu, aku teramat terharu dan sudah pasti apa yang kamu sumbangkan adalah dorongan kepada aku untuk teruskan perjuangan dalam penulisan blog.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 1 November '09 oleh Megat, dalam kategori Diari.
59 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , .

23 Komen untuk “Terima Kasih Rakan Blogger, Kamu Sememangnya Pemurah!”

01.11.09 at 23:29
Posted by Kujie

sama-sama

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah kak, semoga blog ini terus beraksi he3.

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

komen simple je, saja nk potong line Man..hhaha..Kak Jie 1st
mcm komen budak2 kt sinun tuuuu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sy dh agak dah. sebab sebelum tu ada nmpk tweet dari akak. kahkahkah.

[Jawab Balas]

01.11.09 at 23:31
Posted by Kreuger

hehehehe…. alhamdulillah… syukur. sedikit sebanyak dapat jugak membantu. walaupon tak besar sumbangan yang dihulurkan. blog walaupon dari segi teknikal atau mata kasarnya nampak cam jatuh.. tapi sebenarnya kite kene tengok jugak dari segi RSS feed. aku yakin ramai juga pembaca dari kalangan blog ini yang membaca daripada feed.

oleh sebab yang demikian aku nasihatkan supaya jangan limitkan feed… ini sedikit sebanyak membantu pembaca senyap berkenalan dengan penulis. kadang kala depa ni amat pemalu. terutamanya kepada mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia blog. sama seperti aku pada satu ketika dulu. memang cukup segan dengan blog ni. dari dulu sampai la sekarang.. sampai la aku mendapat tahap keberaninan untuk berkenalan dan sekali gus berkomentor kat sini.

dari permulaan membaca dari RSS feed kemudian terus kepada blog. jadi.. harap lepas ni blog ni tak limitkan RSS Feed ye..

terima kasih~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kagum! terserlah cara ko mengomen sejak nak jadi laki orang ni he3.

alhamdulillah, atas bantuan ko dan rakan-rakan lain sudah pasti aku kembali. walaupun aku kehilangan database lama yg diperam selama 2 tahun (esok genap), tapi aku tetap bersemangat untuk teruskan.

sebelumnya aku agak tertekan kerana sayang akan penulisan aku sebelumnya tapi lama-lama aku boleh terima.

aku tak pernah limitkan RSS feed aku, mungkin ada kesilapan pada koding blog lama ;)

[Jawab Balas]

01.11.09 at 23:38
Posted by Kill-Vearn

aku missing something ke? ape jd ngan blog ni sepanjang aku tak on9 n jenguknya?mana post2 lama? mana theme? ape jd ni? adakah megat cuba menutup blog ni dgn buang segalanya?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

patutlah senyap je. rupanya bercuti eh? he3.

masalah yang timbul tidak disengajakan. hanya berlaku kesilapan yang secara kebetulannya domain & hosting expired.

proses pemindahan agak kelalm kabut sehingga gagal menyelamatkan database lama. aku masih sedang berusaha untuk selamatkan dengan cara lain pula.

[Jawab Balas]

Kill-Vearn beri maklum balas:

tak jalankan proses backup ke selama ni? mcm aku buat sehari sekali..

[Jawab Balas]

01.11.09 at 23:42
Posted by Rizal

camne boleh hilang database? kan boleh export?

ps: selama ni baca secara senyap jek… tu pun dpt link dari blog ijad

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku tak dapat laluan terus ke database. aku gunakan fungsi export tapi gagal!

antara kegagalannya ialah entri yang di import hanya dpt separuh dan tidak dpt komen-komen sepenuhnya.

ps – selamat datang dari blog sifu ;)

[Jawab Balas]

01.11.09 at 23:49
Posted by Kak Long

Insya Allah, esok masih ada…
Masih ramai yang sayang tu!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah kak long, terima kasih kepada kak long juga.

[Jawab Balas]

02.11.09 at 02:19
Posted by Khai

Oh! persoalan terjawab.. nape blog ni dah macam rupa blog baru. Patutnye, megat awal2 lagi kene renewkan domain n hosting sebelum xpired.

Takkan database ssebelum ni takde buat backup langsung bro? at least seminggu sekali kene backup.. x pun sehari sekali lagi bagus.. huhu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jawapannya ialah aku tidak dapat akses penuh ke host hu3.

insya allah dah ada cpanel (full access) semakin mudah utk remote he3.

[Jawab Balas]

aman beri maklum balas:

rajin-rajinkan wat backup lepas nie. huhu.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

lepas ni dah xde masalah ;)

[Jawab Balas]

02.11.09 at 08:16
Posted by Tie

Uwaa….. semalam Tie datang, blog ni jadi kosong… rasa pelik pulak. Hari ni baru ada tuan rumah…hehe…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu la. semalam ada perasan, tie ada tinggal mesej kat entri ‘hello world’. terkejut juga baru setup dah ada komen he3.

insya allah kembali pulih tapi data-data lama xdpt diselamatkan.

[Jawab Balas]

02.11.09 at 23:31
Posted by safar

teruskan berblog megat.kenapa macam sedih je artikel.sebagai rakan blog akukan terus memberi sokongan kepada dan rakan2.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

catatan bermula dari minda yang inginkan sesuatu yang baik berlaku.

apabila disertakan dgn jiwa, kelihatan macam sedih pula. namun aku biarkan untuk kelihatan seperti itu yang mana ia lebih tulus dan ikhlas.

biasalah penulisan spontan he3.

[Jawab Balas]

03.11.09 at 11:15
Posted by abrar

syukur alhamdulillah dah ada kembali blog ni.. mmg rindu sgt.ini pun baru dapat online. connection internet di kampus agak tenat.segala aktiviti online tergendala.

Tidak mengapa en. megat kita mula dri awal.semangat baru.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

syukur alhamdulillah. kebangkitan blog ini walaupun mengamalami masalah teknikal adalah dari semangat yang diberikan ko dan rakan blog lain.

yang penting ia tetap diteruskan ;)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled