Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Tiada idea dalam menulis blog? Apakah?

Salam Ceria semua… diharap rakan pembaca sekalian sihat-sihat belaka. Seperti biasa, aku mengambil takhta penulisan Blog En. Megat buat sementara waktu. Seperti yang kamu dah sedia maklum atau mungkin masih lagi tertanya-tanya akan perkhabaran En. Megat, beliau sekarang ni sedang berehat buat seketika. Setelah kembali pulih, beliau akan meneruskan perjuangannya di sini, insyaallah~ Alhamdulillah, dengarnya… keadaan beliau sudah semakin pulih.

Kembali kepada topik kita pada kali ini mengenai idea dalam penulisan blog. Untuk kali ini, aku lebih spesifikkan kepada penulisan blog peribadi. Aku yakin, rata-rata ramai pembaca di sini juga mempunyai blog peribadi. Tapi pernah tak kamu kehilangan idea dalam menulis artikel harian kamu? Agak annoying kata orang putih bila mana kamu melawat sesuatu blog dengan tajuk seperti:- “Hari ni aku tadek idea nak menulis” , “Aku blur, tak tau nak tulis apa dah kat blog…” dan macam-macam lagi la. Hal yang sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana kamu (fokus kita kali ni) adalah seorang penulis blog peribadi.

Jikalau tidak punya idea, maka tajuk-tajuk seperti ini perlu dielakkan. Ianya membuatkan pembaca kamu menjadi jelak. Ekoran daripada itu, sedikit sebanyak kamu juga melunturkan minat pembaca untuk bertandang kali keduanya ke blog kamu. Adalah lebih baik sekiranya kamu berehat dari menulis untuk seketika beberapa hari, sambil mengumpul bahan untuk perkongsian bersama. Perlu diingat, matlamat blog peribadi adalah berbeza dengan blog informasi dan blog hiburan. Oleh itu, jangan paksa diri untuk keluarkan idea dengan menulis sesuatu yang nampak macam dipaksa-paksa.

Beberapa tips dan garis panduan mudah aku sediakan sebagai rujukan kamu di sini. Sekiranya kamu berminat untuk menambah, idea bernas dan komen membina dari kalian amat dialukan.

Tip-tip untuk Blogger blog peribadi yang ketandusan idea.

  1. Kamera - Sentiasa membawa kamera digital kemana sahaja kamu pergi. Ada juga dikalangan pembaca yang akan tertarik untuk membaca sesuatu catatan anda sekiranya bergambar. Ada juga diantara mereka yang hanya suka tengok gambar. Tak kesah la. Apa yang penting pembaca masih lagi setia bersama kamu.
  2. Nota – Buat catatan kedalam buku nota atau diari sekiranya ada. Hanya catatkan point penting sahaja. Selebihnya adalah karangan untuk kamu olah di blog. Ini bertujuan untuk mengelakkan kamu ketandusan idea setelah berada dihadapan komputer.
  3. Rujukan – Sekiranya terdapat sesuatu perkara yang kamu kurang faham arif, apa kata gunakan Wikipedia untuk sumber rujukan. Hasilnya, dapatlah kamu berkongsi dengan rakan pembaca yang lain.
  4. Objek – Fkiran terlalu kosong? Apa kata, ambil satu sampel objek yang berada dihadapan kamu. Cuba olah dan rungkaikan dari sudut pemikiran yang berbeza. Cuba kaji sudut binaan, asal usul, bahan yang digunakan di dalam internet. Ahaa…. bila dah dapat point, maka curahkan lah dalam blog.
  5. Blog-HOP – Rajin-rajin melawat blog rakan-rakan. Mungkin terdapat satu point-point atau idea di sana yang kamu boleh panjangkan catatan beliau kepada blog kamu pula. Tapi awas, jangan sesekali meniru pulak.
  6. Sembang kedai kopi – Setiap perbualan kamu juga boleh dimasukkan ke dalam blog. Mungkin ada cerita lucu yang ingin disampaikan, atau mungkin ade nasihat yang berguna. Sapa tau kan?
  7. TAG-Line – Biasakan diri dengan - “Apa yang aku pandang… itu yang aku tulis” TAG-Line ini adalah seorang yang amat jujur pada aku. Meskipun macam tu, jangan la pula sesekali menceritakan perkara yang boleh mengaibkan sesiapa. Rahsiakan sahaja lah nama mereka sekiranya bertujuan untuk dijadikan tauladan.
  8. Bakat – Kamu seorang yang berbakat? Seorang yang seni? Ini lebih mudah… Hasil kreativiti kamu boleh juga dimuatkan ke dalam blog. Mungkin hasil agak kurang memberangsangkan, tapi dengan adanya komen membina mahupun kritikan, ini akan dapat memantapkan lagi skill kamu sama ada dari segi penulisan blog mahupun seni kemahiran yang sedia ada.
  9. Marah – Erm.. yang ini… memang ramai yang suka buat. Aku sangat setuju kemarahan dilepaskan di blog. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang kamu tanggung. Lebih-lebih lagi jika ada yang tambil untuk bersimpati atau memberi nasihat. Tapi awas ya, jangan sesekali mencarut. Gunakan gaya bahasa yang kreatif untuk melepaskan tekanan tersebut.
  10. TWITTER - Oh ya… hampir terlupa.. Twitter merupakan kaedah micro-blogging yang terbukti keberkesanannya. Mungkin ada perkara penting yang disampaikan oleh rakan-rakan. Apa kata kamu semak. Manalah tahu kot-kot tersangkut dan timbul ilham untuk menulis… Kalau kamu amat bersetuju dengan pendapat yang ke sepuluh ni, apa kata ikut aku dan En. Megat juga ye. Hehehe…

Ini hanya pandangan secara kasar sahaja mengenai blog peribadi dan catatan yang boleh kamu sampaikan untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan di talian. Tapi, seperti aku kata di atas.. cubalah elak.. dan kalau boleh jangan gunakan langsung kaedah “Aku tadak idea nak tulis blog” dalam penulisan kamu. Perbuatan sedemikian membuatkan orang naik meluat. Pasti ada yang berkata.. “kalau tadak idea buat apa nak tulis blog? Diam-diam sudeh…” hahaha… jangan marah ye!

Diharap perkongsian pada kali ni sedikit sebanyak dapat membantu kamu semua sebagai tips mudah untuk mengemas kini blog peribadi kamu. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang kamu kurang berpuas hati ataupun kesalahan ejaan, aku tiada masalah untuk menerima kritikan dan pandangan kamu secara terbuka. Selamat mencuba!

Lapang-lapangkan fikiran…. dan teruskan menulis,
Azman Ishak®

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 20 January '10 oleh Kreuger, dalam kategori Motivasi.
197 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , .

52 Komen untuk “Tiada idea dalam menulis blog? Apakah?”

21.01.10 at 00:02
Posted by Si Naga

ish..apsal azman suka masuk dalam blog megat ni?
hehehe..
Terkini dari Si Naga di blog nya – Malas My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dia bantu aku. genre penulisan kami punyai banyak persamaan (he3).

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

kak jie saja belum mula..draft dah ada..tunggu encik azman sejuk sikit….lampu tengah berkilau dok suluh dia…tak baik pula potong line….katan Adnan Ketat

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

erk.. sejuk sikit? kompiusnye kenyeataan kak jie ni. hahaha lampu apa yang dok suluh tu? *sangsi tetibe*

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku pun tak faham man (ha3)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak sabar tunggu (he3). bukan senang nak dapat khidmat dari seorang yang bijaksana bermain dengan kata-kata.

mak aih statement high profile ni ;)

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

baru tulis bahasa stendet budak tahun 4, korang dah tak faham…ishhhhh

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

adeh patutlah saya tak faham kak. saya sekolah sampai darjah 3. pastu terus lompat darjah 5 (kah3).

Kreuger beri maklum balas:

en megat kira ok la jugak darjah 3… aku ni cuma stakat tadika umur 5 tahun jer…. sedey~

Kreuger beri maklum balas:

suka? sebab aku suka berleter…
hahaha…

[Jawab Balas]

21.01.10 at 00:24
Posted by BloggerMiskin

kalau aku yang tulis pasal technical?
bukan tak de idea tapi malas menulis/tak de masa
apa ko nak bagi teguran wahai en megat? :p
Terkini dari BloggerMiskin di blog nya – The Letter My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

xceli aku yang tulis artikel ni. blog teknikel? wa… RESPEK. erm.. tadek masa? hehehe… 24Jam banyak menda boleh buat tuh.. kalau tak sempat jugak.. cuba gunakan kaedah live blog. pernah cuba tak?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sebenarnya saudara kreuger yang tulis entri ni. terima kasih kepada beliau.

kemungkinan lepas ni lebih ramai!?

[Jawab Balas]

21.01.10 at 00:45
Posted by Ayah Aiman

dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. sama halnya dgn berblog nie jgk…blh tahu, en_megat ddk dkt area mane arr???

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

saya tinggal di kota tinggi johor.

[Jawab Balas]

Ayah Aiman beri maklum balas:

aku dulu pn pernah ddk kota gak..dkt tmn sri saujana. tp rumah dah jual & pindah ke bdr seri alam, masai…
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Ayam Daging Lebih BAHAYA Daripada Rokok!!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

betoi betoi.. sangat setuju… pandai nko
mulakan ayat nak tanye lokasi kan?
hahaha ingat macam main IRC atau YM tuh..
sikit sikit ASL haha~

[Jawab Balas]

Ayah Aiman beri maklum balas:

aku pendatang baru kt weblog nie bro. so kenalah melalui minggu suaikenal dulu kans…
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Ayam Daging Lebih BAHAYA Daripada Rokok!!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

rasanya aku lebih muda dari en. ayah aiman ni. hehehe.. gelaran bro tak sesuai kot.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Tutorial Photoshop: Seni Memanipulasi Imej My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Ayah Aiman beri maklum balas:

mungkin kots..jd gelaran apa yg sesuai???

[Jawab Balas]

21.01.10 at 01:52
Posted by zikr the jalanan sepi

kamera tuh setuju, cewah mcam wartawan gitu, walaupun camera handphone 2.0 pixcel jer… hehe, janji ada katanya..

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

blogger ni memang wartawa. media lagi
cepat dari wartawan. wartawan nak kene
ade approval dari editor berbagai..
tapi kalau blogger ni, apa rasa kontent
layak utk dikongsi.. boleh disampaikan.

[Jawab Balas]

21.01.10 at 04:13
Posted by menteil

wah… abg man ke sini pulak.. huhu…
cayalah brader.. tips cantek!

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

tips untuk yang blur dan tadek idea jer ok.
en menteil sangat tersohor.. memang dah expert
pasal mende ni.. hehe

[Jawab Balas]

menteil beri maklum balas:

itu cerita lama.. haha…

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

dulu dan sekarang ni menteil masih menteil..
cepat skit update blog tuh. aku tunggu ni
Terkini dari Kreuger di blog nya – Tutorial Photoshop: Seni Memanipulasi Imej My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tau takpe sebab tu aku pilih DIA jadi penulis jemputan (he3).

ko menteil sentiasa ada idea kan kan kan?

[Jawab Balas]

menteil beri maklum balas:

haha… otak aku bersebut ligat skang nie.. tapi kalau ada je idea best ok jer.. huhu..

[Jawab Balas]

21.01.10 at 12:40
Posted by wazy

tips yang sangat berguna,terima kasih ya bro

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

sama-sama wazy. baru sampai umah. saje jenguk blog en megat jap. blog persinggahan sebelum menulis malam ni. tenet pon dah laju terbabas ni. baru semangat.

[Jawab Balas]

21.01.10 at 12:55
Posted by tenteraangin

Owh…camtu rupanya nak cari idea nak tulis blog… bagi saya blog lebih kepada personal perspective..

just my 2 cent

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

personal perspektive memerlukan kita bertenang kalau nak mulakan penulisan. blogger jenis ni mempunyai kadar/kala penulisan yang kadang kala memakan masa dua atau tiga hari untuk memecah kebuntuan menulis. kadangkala makan masa sehingga seminggu atau berbulan. ini memastikan artikel yang disampaikan benar-benar dari perspektiv yang berbeza. tahniah.. jika benar demikian.. anda seorang yang teliti.

[Jawab Balas]

21.01.10 at 13:02
Posted by paeh

idea menulis mmg boleh dapat daripada banyak sumber. cuma mungkin kita xreti nak membuat penyampaian yg menari perhatian pembaca. uhuhuhu

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

kaedah latihan bermula dari bawah. sapa sangka dengan menjadi seorang penulis blog, secara tak langsung kamu juga dah pon belajar memantapkan gaya bahasa dan teknik penulisan yang tampak kematangannya.

[Jawab Balas]

21.01.10 at 13:03
Posted by luth textile

azaman ni mmg nak cari populariti.. tulis dlm blog megat.. hahahah

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hahaha sila lah jeles dengan kepopularitian aku yek.. hehehe

[Jawab Balas]

21.01.10 at 13:06
Posted by ejam

menarik kaedah yg disarankan oleh abg azmanishak nie…
saya akan gunakan tips ini…terima kasih yer abg…

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hehehe… chit… hang otai bro.
hang kategori lain.. tips ni yang untuk
baru nak mula menulis blog sesuai la.

[Jawab Balas]

21.01.10 at 13:27
Posted by myadlan

wah. ingatkan en. megat update blog.. btw useful tips! thanks.

memang menyampah baca blog yang baru diupdate tp isinya takde idea nak update blog..

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

tau tak pe bro…. kita punye lah semangat
follow tweet dia… kate dah update.. sekali
entri kosong ataupon entri tadek idea.. semak betoi la

[Jawab Balas]

21.01.10 at 13:43
Posted by abrar

memang sentap sekali artikel di atas. kadang-kala faktor capaian internet membuat idea yang melimpah terus kering.(ini yang berlaku kepada aku) tengah syok menulis dalam notepad, tempat rujukan pula offline. Mati akal untuk teruskan entri. lepas tu draft tu pun tersadai dalam 2-3 hari. bila nak update capaian internet pun buat hal. langsung tak update. adeh.. cuma meluahkan.

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hahaha…. sentap? rilek-rilek sudah beb.
jangan makan cili bebanyak.

internet memang masalah utama kalau nak update blog.
lagi tension kalau tak boleh nak upload images.. dem..
sungguh potong stim untuk berblog kan?

[Jawab Balas]

abrar beri maklum balas:

memang betul..hu3.

[Jawab Balas]

21.01.10 at 14:36
Posted by Mr.Bintang

hehe.. pernah gak dulu kala wat tajuk ala-ala x de idea.. tp x de la cam kat atas tu.. kalau penah jumpa la kat blog aku yg dulu².. bunyi dia camni.. “Status ku Gersang” hahaha..

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

status yang gersang? apakah? kekeke
tajuk juga memain peranan dikata ketandusan
idea. tapi kalau tajuk gempak.. isi penting
tadek… nanti pembaca marah.. feel diaorang lari
susah plak kita nak catch up

[Jawab Balas]

21.01.10 at 21:51
Posted by topo

hohoh aku baru berkesempatan nak baca post ni.. [elik jugak sebab megat kata dia nak berhibernasi.. hohoh si azman yang menulis rupanya.. hehehe

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

si azman nak carik glamer la tuh..
hohohoho (tiru topo gelak)
Terkini dari Kreuger di blog nya – Aku rindukan suasana ini My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

22.01.10 at 14:33
Posted by farahaznil

gadget paling penting ialah camera!haha…sumber inspirasiku!
Terkini dari farahaznil di blog nya – Musim TERJAH student UIA ! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

betoi..betoi… bila dah ade blog.. kalau tadek kamera.. macam makan ikan bakar yang tadek air asam jer…
Terkini dari Kreuger di blog nya – Tutorial Photoshop: Seni Memanipulasi Imej My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

22.01.10 at 16:30
Posted by amirulfaiz

emm, emm, setuju bebenar dengan petua-petua yang diperturunkan. orait, saya dah follow twitter azman & megat.
Terkini dari amirulfaiz di blog nya – Minta kebenaran untuk bernikah My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

terima kasih kerana mem-follow kami ye.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Tutorial Photoshop: Seni Memanipulasi Imej My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

04.02.10 at 09:01
Posted by safar

nota tu saya sentiasa ada disisi saya.idea datang dan terbang begitu sahaja.daripada lebih saya tangkap.hehehe…………
Terkini dari safar di blog nya – Pengkianat makmal penyelidikan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails