Tip Menulis Blog, Format Penulisan Yang Betul

Dalam apa saja cara yang melibatkan penulisan perlu mengikut format tertentu untuk memperlihatkan kekemasan dan dapat menarik sesiapa sahaja yang ingin membaca. Dalam kes-kes yang melibatkan penulisan sering menjadi persoalan dimana mereka perlu tahu format yang disediakan. Seperti penulisan di akhbar dan novel.

Dunia kini memandang serius akan artikel yang dihasilkan dari blog-blog seluruh dunia. Apabila penulisan di blog bakal menjadi kerjaya maka perlu dititikberatkan tentang kekemasan dan disiplin dalam penulisan. Bezanya penulisan blog lebih bersifat individual dan bebas tetapi perlu juga diberi perhatian agar nampak keseriusan penulisnya.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan seperti,

  1. Tajuk - Beri tajuk artikel yang lebih menarik seperti tajuk artikel ini yang lebih bersifat ilmiah seperti berbentuk persoalan, tip atau teknik. Contoh seperti “Tip Menulis Blog”, “Bagaimana Menulis Dengan Betul” dan “Apakah Cinta Boleh Dijual Beli!?”.
  2. Fakta - Biasanya perenggan pertama dan kedua menguatkan fakta yang datangnya dari tajuk atau topik. Ini penting kerana ia sebagai pelengkap apa yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut.
  3. Huraian - Penerangan lebih lanjut tentang fakta yang telah ditulis supaya pembaca lebih faham apa yang ingin disampaikan. Biasanya disini diberikan contoh atau bukti untuk menguatkan fakta yang dimaksudkan.
  4. Kesimpulan - Akhir sekali, penulis perlu beri pandangan secara peribadi tentang apa yang ditulisnya. Disini penulis punyai kesempatan untuk menarik perhatian pembaca yang bakal menaruh kepercayaan kepada penulisannya. Atau disini penulis boleh berinteraksi dengan pembaca untuk berbincang tentang topik yang disampaikan.

Tak kisahlah kau menulis tentang kisah yang serius atau santai tapi tekniknya haruslah sama dan tidak terlalu remeh. Ini penting untuk tarik pembaca yang pentingkan kebijaksanaan penulis. Secara tak langsung ia juga dapat menarik kepercayaan pembaca untuk terus membaca artikel yang ditulis.

Kau juga punyai pengalaman tertentu dan pandangan yang dapat dikongsikan bersama. Apa pandangan kau?

Suka catatan ini? Langgan melalui RSS dan email kamu.

12 maklumbalas untuk topik “Tip Menulis Blog, Format Penulisan Yang Betul”

  1. suka bende ni..sebab teringat macam wat penulisan masa sekolah.bab penulisan aku failed la beb..haha

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    difikirkan balik, sememangnya apa yang diajar masa disekolah ialah cara penulisan yang baik. mungkin sebab soalan esei yg banyak (he3).

    [Jawab Balas]

  2. Komen dari x-po pada November 3rd, 2009 ago

    btl tu..menulis entry blh dianggap menulis esei dalam exam..kne ada pendahuluan n penutup atau kesimpulan..hoho

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    wah betul, betul. orang tengah belajar atau baru habis belajar ni fresh lagi bab macam ni (he3).

    [Jawab Balas]

  3. Komen dari Bat pada November 3rd, 2009 ago

    Rasanya format ni tak payah nak ikut sangat, sebab nanti cepat bosan.

    Suka baca entri yang lain dari yang lain, lintang pukang pun takpa asalkan cara dia susun ayat tu betul-betul menusuk kalbu dan boleh buat kita terbayangkan sesuatu.

    Sekadar pandangan.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    yalah, betul juga apa yang ko katakan. konsepnya boleh diterapkan cuma gaya penulisan itu yang membezakan sama ada penulisan serius atau bersahaja.

    aku rasa ramai yang suka baca penulisan yang bersahaja tapi ada mesej disebaliknya ;)

    [Jawab Balas]

  4. Semuanya perlu diambil kira agar blog kita kerap dikunjungi…apa yang saudara kongsikan kat sini banyak memberi pengetahuan terutamanya kepada orang baru…

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    menulis-menulis juga kan tapi biarlah ada maksudnya dan berfaedah.

    terima kasih singgah ;)

    [Jawab Balas]

  5. Komen dari wazy pada November 3rd, 2009 ago

    entry yang amat menarik,walaupun aku dah 2 tahun dlm dunia blog ni,tp still belajar lagi utk memantapkan penulisan blog dgn erti kata lain
    1Malaysia,1Persaudaraan,1Komuniti,1Blog :)

    Dengan blog ni,kita akan dapat ramai kawan2 dan secara tidak langsung berkongsi pelbagai idea

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    wah ayat ko pun dah semakin power wazy (ha3).

    itulah, setiap perkara yang kita lakukan jika kita punyai pengalaman, seeloknya dikongsi dan sama-sama dpt menaikkan taraf penulisan blog ;)

    [Jawab Balas]

  6. Komen dari Melz pada November 3rd, 2009 ago

    aku menggunakan cara penulisan yang santai atau bersahaja dan mungkin aku kurang berminat atau belum ada lagi rasa ingin menulis mengikut format.

    Namun setiap entry yang panjang perlulah ada perenggan dan membuatkan pembaca selesa untuk membaca :)

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    format penulisan ini mungkin lebih kepada aturan penyampaian sahaja. selebihnya adalah skill penulis.

    [Jawab Balas]

Sila tinggalkan komen, jangan malu-malu ya!

CommentLuv Enabled

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.