Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Tip Menulis Blog, Sentiasa Konsisten Dan Disiplin

Topik ini adalah perkara asas untuk kau ceburkan diri dalam dunia penulisan blog. Secara peribadi, terlalu banyak soalan-soalan yang sama dikemukakan di email dan Yahoo Messenger (YM), maka mungkin elok aku kongsikan dari sudut pengalaman aku dan dibincangkan lanjut bersama-sama penulis blog lain.

Ada banyak tip tapi biarlah aku pecahkan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan lagi pemahaman. Secara asasnya kamu mungkin tahu bagaimana nak bangunkan blog serta mencantikkan lagi rupa paras blog, tetapi tahukah kau bagaimana ingin mendapat tempat di indek enjin carian dan pelawat!?

Tip menulis blog hari ini adalah sentiasa konsisten dan disiplin. Ya benar, sikap seperti ini perlu diberi tempat paling utama dalam mewujudkan blog yang benar-benar dihasilkan secara serius. Aku rasa perkara seperti ini tidak mendatangkan masalah besar kerana dalam setiap apa yang kita lakukan perlukan kita konsisten dan punyai disiplin yang kuat untuk capai kejayaan.

Sama juga dalam penulisan di blog, ia penting untuk mendatangkan kesan seperti yang diharapkan malah mungkin akan lebih baik dari apa yang dijangkakan. Ia juga penting untuk mendapat tempat di enjin carian!

Kau perlu kemaskini blog mengikut aturan yang kau pilih seperti satu hari satu kemaskini dan penulisan kamu juga perlu konsisten tidak terlalu meleweh dan teratur. Jika diamalkan bukan sahaja mudah untuk kamu kawal blog yang sedia ada malah kamu sudah terbiasa dan berdisiplin dalam mengawal blog-blog kamu yang lain seperti niche blog!

Aku pasti ramai antara rakan yang punyai pengalaman yang lebih luas. Harapan aku semoga dapat kita kongsikan disini dan teruskan memajukan dunia blog negara. Apa pandangan kalian?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 4 November '09 oleh Megat, dalam kategori Ilmu.
59 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , .

4 Komen untuk “Tip Menulis Blog, Sentiasa Konsisten Dan Disiplin”

04.11.09 at 06:29
Posted by Kujie

Mula-mula memang kaku, semua nak dikejar tetapi lama-lama kita akan dapat feel – masa tu tengah kemuncak la kot.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul la kak, mula-mula menulis semua benda nak ditulis, main hentam sajalah.

dah lama-lama ni, dah boleh bahagikan kategori. itu pun sejak mengenali apa itu niche blog.

alhamdulillah negara kita pun sudah ramai yang membangunkan niche blog.

ps – blog ni niche blog juga ke? (kah3)

[Jawab Balas]

04.11.09 at 13:52
Posted by Kak Long

Terima kasih tips tu…
Blog kak long masih buah cempedak di luar pagar tapi memang banyak belajar daripada Kak Jie dan megat yang dah berpengalaman luas tu…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

alahai jangan macam tu kak long, malu saya (he3).

tanggungjawab kak, tanggngjawab sesama blogger. klu kita berada kat atas sengsorang pun tak syok. orang kata xde saingan (ha3).

insya allah ilmu yang baik kita kongsi selagi hidup ;)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails