Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Trafik Yang Tinggi Ke Blog, Berusahalah Untuk Capai Matlamat!

Tags:, , , , , , , , , .

Rasanya sudah banyak catatan-catatan yang berkaitan seperti tajuk catatan pada kali ini. Tak tahu apa sebabnya, masih ramai yang tertanya-tanya mengapa blog mereka tidak mendapat trafik yang sepatutnya.

Apa yang dicatatkan disini hanyalah pengamatan dari pengalaman penulis dan hasil perbincangan dengan rakan-rakan blogger yang lain sebelum ini.

Ada beberapa perkara yang perlu kamu lakukan untuk blog setelah siap dipasang. Selain dari mengoptimasikan SEO sama ada online atau offline, kamu juga perlu melakukan beberapa perkara lain seperti mempromosikan blog kamu. Antaranya,

Promosi

Cara ini paling asas dan penting. Jangan ingat jika kamu miliki sebuah blog maka pembaca sudah mengetahui akan kewujudannya. Tetapi kamu perlu memperkenalkan kepada dunia. Wah! Dunia tu (kah3). Nampak mudah tapi sebenarnya agak sukar apatah lagi ingin mencapai matlamat yang dikehendaki.

Kepada mereka yang punyai niche blog atau blog jualan tertentu, sudah pastilah mengharapkan trafik yang tinggi. Trafik tinggi maka kebarangkalian untuk mendapatkan pembeli pun tinggi. Cara promosi sama ada melalui tukaran pautan (link) dan kalau ada modal sedikit berusaha untuk mengiklankan dimana-mana web direktori dan blog-blog yang popular!

Jangan risau, usaha yang berterusan bakal menampakkan hasil yang memuaskan!

Entri

Bagaimana entri atau catatan boleh promosikan blog kamu? Bukankah entri hanya berada di blog sendiri je? Memang benar tapi kamu pasti tahu tujuan fungsi trackback, ping dan tag kan?

Gunakan fungsi-fungsi tersebut untuk promosikan blog kamu ke blog-blog yang dah popular! Fungsi tersebut bakal memaparkan pautan ke blog kamu juga. Jangan fikir fungsi tersebut hanya membantu blog yang kamu trackback tetapi ia mampu membantu kamu juga.

Pastikan blog yang kamu nak tinggalkan trackback atau ping bakal menyenaraikan pautan ke blog kamu (he3).

Komen

Sudah pastilah suatu yang mendapat perhatian apabila kamu meninggalkan komen yang membina yang terangsang di blog-blog rakan-rakan kamu dan blog lain. Komen yang terangsang bakal merangsang mereka  yang membaca blog-blog tersebut.

Tidak kiralah komen kamu itu serius atau bersahaja. Ada orang suka komen yang serius, ada orang suka komen yang bersahaja tetapi penuh dengan info tertentu. Tak kiralah, ada yang memuji tentang sesuatu catatan atau yang mengeji, ianya tetap mendapat perhatian!

Secara tak langsung, pembaca blog tersebut ingin mengetahui siapa pengomen tersebut langsung klik kepada link kamu ke blog kamu. Cun bukan?

Forum

Aku rasa ramai antara kamu yang suka lepak kat forum. Sama ada untuk tujuan berkomuniti, belajar tentang sesuatu dan berkongsi pengalaman dan maklumat. Tapi kamu tahukah, berforum juga membantu kehadiran trafik ke blog kamu?

Konsepnya sama sahaja seperti entri dan komen sebelum ini, pastikan komen kamu di forum-forum merangsang pembaca untuk mengenali kamu lebih lanjut dengan hanya meninggalkan pautan (link) di ruang tandatangan (signature) forum tersebut.

Tandatangan tu bukan suruh kamu menandatangan (kah3) tapi mengisi ruang yang disediakan oleh pengasas forum di ruang bawah setiap ahlinya. Peluang macam tu perlulah diguna sepenuhnya, apatah lagi kamu seorang yang rajin berforum!

Email

Email pun boleh promosi? Eh mestilah! Ia antara cara yang paling berkesan di era ini. Lihat sahajalah ramai dari antara mereka yang bergelar internet marketer (IM) telah menggunakan cara tersebut dan sememangnya berkesan!

Yalah setiap pembaca blog tidak semestinya punyai blog sendiri tetapi mereka sudah pasti punyai sekurang-kurangnya satu email bukan? Gunakan sebaik-baiknya. Pastikan setiap email tersebut berbaloi untuk pembaca yang melanggannya. Jangan sampai berlambak dengan email spam pula.

Rangkaian Sosial

Satu lagi yang semakin digemari oleh pengguna internet dan merupakan cara paling berkesan jika kena pada caranya iaitu dengan menyertai rangkaian-rangkaian sosial.

Antara rangkaian sosial yang popular adalah seperti facebook, twitter, friendster, myspace dan banyak lagi.

Satu perkara yang aku boleh sampaikan sebagai petunjuk seterusnya atau lebih senang dipanggil sebagai nasihat. Setiap perkara yang kita lakukan memang bukan mudah, ia perlu diselarikan dengan kesabaran dan usaha yang berterusan.

Apa kata pembaca dan rakan-rakan yang lain?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 4 November '09 oleh Megat, dalam kategori Ilmu.

59 Comments to “Trafik Yang Tinggi Ke Blog, Berusahalah Untuk Capai Matlamat!”

04.11.09 at 16:35
Posted by Anarm

buat tawaran istimewa kt blog.. bg hadiah best2.. salah 1 cara tarik trafik gak kn? mcm supemaket wat sale besar-besaran tuu.. ngeee :D

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

peraduan (contest)! betul lah anarm, aku lupa pulak, terima kasih atas perkongsian tersebut (he3).

[Jawab Balas]

samdaddycool beri maklum balas:

Aku pernah buat contest lawak kambing dulu.. masa tarikh tutup, tetiba aku pokai tahap cipan.. perghhhh… kesian kat pemenang lambat giler dapat hadiah…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pergh seram juga mendengarnya, yalah kena bebetul bersedia nak buat contest kan? (hu3)

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

bercerita tentang contest..aku sedang melangsung kan Kuiz..bukan contest :)

ini disebabkan aku tidak berminat untuk melangsungkan hanya 1x sahaja pertandingan..aku membuat satu kuiz yang berangkai dan mempunyai banyak Adengan soalan yang dihidangkan kepada visitor.. oleh itu traffic yang aku jana adalah lebih baik dari sebelumnya..

Selain itu .. ia lebih unik kerana aku memberi peluang kepada blogger lain untuk membuat soalan dan daripada itu.. aku dan blogger itu akan “share Traffic” :)

Sekian dari aku Melz :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wah bagus juga idea ko. secara tak langsung ianya berterusan dan dapat mengekalkan trafik dari pembaca sebelumnya.

selepas itu juga sudah pasti ada penyertaan baru kan? boleh pakai idea ko juga ;)

samdaddycool beri maklum balas:

tak pasal-pasal nanti kena cop penipu… nasib baik aku berjaya melangsaikan hadiah.. (tapi sampai sekarang pemenang saguhati sorang dua tak claim hadiah??)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

itu yang tak nak tu, kena cop penipu. bukan nak naikkan trafik tu malah trafik boleh jatuh teruk (ha3).

siapa yang tak nak hadiah tu? past kat aku (ha3).

Melz beri maklum balas:

perancangan yang rapi mesti dibuat terdahulu.. sekiranya kita buat contest .. dan sekiranya ada pemenang.. bermakna kita perlu menyediakan persiapan yang amat rapi.. oleh itu bagi aku sememangnya Visitor kita anggap seperti Customer.. Tanpa mereka siapalah kita :)

04.11.09 at 16:46
Posted by Roslan Nazri

aku suke forum..sbb dalam forum la aku kenal macam2 dunia internet dan blog ni..rasa kanak2 ape sume..mmg kelakar la..dalam masa yg sama mmg byk men traffic pun..em bila lah aku nak berforum balik ni..huhu

nota kaki: bila ko nak update pasal toksik tuh?haha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju. sebab forumlah aku kenal dengan dunia blog ni. aku ingat forum pertam aku join dulu ialah web master malaysia (ha3).

ps – sabo, sabo. aku nk cari maklumat skit klu ada kerjasama dari pihak mazioka sana ;)

[Jawab Balas]

04.11.09 at 18:59
Posted by Kreuger

dalam banyak-banyak perkara yang di atas tuh, bagi aku untuk pendekatan memunculkan diri dimata pembaca adalah dengan berkomen. orang takkan pandang kalau kita sekadar komen seperti SPAM. kerana ianya juga sebagai satu gangguan.

komen yang membina sedikit sebanyak menaikkan minat orang lain untuk turut sama berkomentar lantar terus kepada menarik minat dan sifat ingin tahu pengomen. ini adalah naluri semula jadi manusia iaitu sifat ingin tahu.

mungkin pada hari ni kamu komen berjala pada blog Si A, tapi jangan sesekali mengharapkan kamu mendapat impak yang sama dari pemilik blog tersebut. Sama ada memaksa ataupon mengharapkan ianya berlaku adalah sesuatu yang amat tidak wajar untuk dilakukan.

berkomen atas dasar untuk berkongsi maklumat dan saling bertukar idea dapat mewujudkan satu sifat dan perasaan senang antara pengomen dan pemilik blog. sekaligus rakan-rakan yang bertandang juga menjadi ingin tahu siapakah gerangan pemilik pengomen yang panjang berjela ni.

panjang ataupon pendek komen tersebut bergantung kepada huraian dan fakta yang nak disampaikan. apa gunanya komen panjang lebar sekiranya input yang nak disampaikan adalah hanya terletak pada perenggan pertama.

berkomen juga merupakan salah satu seni SEO yang patut kamu semua pelajari. ianya bukan sahaja menampakkan kamu dimata penulis blog yang dikomen.. tetapi komen yang drastik atau membina ini seolah-olah menunjukkan yang kamu adalah kontra dari komen yang lain..

sebagai contoh untuk perenggan di atas adalah.. sekiranya kebanyakkan pengomen adalah bewarna putih… tiba-tiba kamu tambil berkomen dengan menggunakan warna hitam atau warna yang kontra dari komentor lain.. tidakkah itu menampakkan kamu dimata pembaca yang lain? ini juga merupakan satu trategi SEO.

untuk berkomen dengan panjang lebar adalah tidak sukar sama sekali. yang penting apa yang nak disampaikan oleh penulis dapat kamu huraikan dan panjangkan perbincangan kedalam topik yang seterusnya.

sekiranya point di atas telah diberi oleh penulis sebanyak lima atau enam point utama… apa kata kamu ambil satu dan huraikan mengikut pemahaman dan pengalaman kamu. itu lebih bagus daripada kamu memanjakan otak dengan membuat komen-komen yang amat semak.

Cuma kamu bayangkan sekiranya kamu memberanikan diri untuk berkomen, dan memberi idea yang bernas kepada penulis blog.. terutama blog yang semestinya pames (sebagai contoh blog ini) sudah tentulah hasil pulangannya untuk kamu amat memberansangkan. Kalau tak banyak… sikit pon jadi lah.. daripada tak dapat langsung… Nampak bukan???

Ok lah.. Sekian sahaja untuk kali ini pada segmen:- Mari berkomen Menarik bukan? Ingin tahu lebih lanjut??? Kenali saya.. hahaha

P/S: Jangan marah ar en. Megat… tetiber terpromote! Strategi gak ni.. hehehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kalau setiap komen panjang macam ni, jawabnya lambatlah penulis nak update catatan seterusnya (kah3).

tapi utk pembaca lain, contoh komen tersebut amat mantap dan memberangsangkan! penulis juga merasa terangsang untuk terus menulis kerana merasa dihargai.

dan semestilah bergantung kepada kebolehan masing-masing.

wah man, sejak 2 menjak ni bersemangat habis!? (ha3).

[Jawab Balas]

Roslan Nazri beri maklum balas:

wahaha nak off topic..tak kira la..aku rase si man n dah leh buat 1 entri..apa itu komen? perlukah mengomen? Komen? apa pendapat anda? hahaha..gilos..menarik2.. aku pun tak terkata la kalo camtu.. =P

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hahaha.. seronok jugak main buat entri kat blog orang kan. sekali sekala mesti nak komen panjang lebar.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tahu takpe. klu man buat entri kat blog dia secara tak langsung blog ter’update’ dan dapat bikin trackback (he3).

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hehehe… kalau entri yang melibatkan percambahan pikiran.. aku rasa ade patut bagi peluang komentor sehari dua memeramkan entri. kasi ruang untuk depa melahirkan komen yang bernas.

itu pada pandangan aku la.

P/S: aku dari dulu dah komen macam ni… hehehe.. semenjak pembabitan awal dalam penulisan blog.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bagus, bagus. tanamkan sikap macam tu, ia baik untuk perkembangan blog negara.

baik untuk latih tubi jari jemari juga (kah3) :p

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

latih tubi jari?? hahahaha
lain macam jer…

[Jawab Balas]

samdaddycool beri maklum balas:

Betul ni.. dah boleh buat satu entri baru… :) Tapi memang bernas dan ada ‘point’..

mohdisa beri maklum balas:

aku setuju, komen2 yg membangun seperti ini yg kita hendakkan. bukanlah sekadar menunjukkan tanda terima kasih, nama pun komen. mestilah mempunyai sebaris ayat yang dapat memberi idea atau impak kepada penulisan si blogger itu sendiri. :P

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yalah secara tak langsung dapat lihat personaliti pengomen. pembaca lain dpt lihat kemahiran pengomen tersebut.

secara tak langsung dapat merangsang pembaca untuk terus ke blog pengomen (jika ada) ;)

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

betul tu, kemahiran pengomen juga akan menarik minat org lain untuk turut menimba ilmu dgn pegomen plak. betul tak?

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

arrkk.. man dh mengganas.. panjangnye komen.. hahaha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

boleh jadi co-pilot aku dah tu. jadi blog aku sentiasa berupdate nanti (he3).

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

bro.. dah lame tak komen panjang.
gatal plak rase jari ni. entri pon
sedap.. jadi bertambah sedap kalau
kite menggoreng komen… baru rase
macam makan nasi goreng kampung ulam
pucuk ubi sama cecah sambal belacan…
perghhh… tetibe lapar la balik~

[Jawab Balas]

04.11.09 at 20:00
Posted by Kujie

kadang-kadang tak komen sebab bukan kepakaran

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul tu kak, macam sy sebelum ini macam tu juga.

mungkin ada kemahiran untuk menulis blog tapi kurang kemahiran untuk mengomen.

orang tu macam terbalik pula kan? (kah3)

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

tanpa kepakaran.. kalau kita tidak faham..ada patut kita mengeluarkan comment berbentuk “pertanyaan” itu mungkin sedikit sebanyak dapat berinteraksi dengan blogger lain :)
just my 2cent

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

hebat! aku suka cara pengomen macam ni. tidak berselindung dan tidak pula berlagak pandai.

sememangnya ruang komen seperti aku sediakan ini sesuai untuk berinteraksi secara terus dengan pembaca.

2 cent yang berharga beratus-ratus cent (ha3) ;)

[Jawab Balas]

04.11.09 at 22:22
Posted by lizz

aku tengah study hal2 trafik ni. hehehehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

cun! insya allah, trafik juga buatkan penulis macam kita bertambah semangat untuk menulis. berusaha ;)

[Jawab Balas]

04.11.09 at 23:09
Posted by abrar

bab komen itu memang saya setuju. ada satu entri di blog lama saya bertajuk luahan perasaan. merupakan entri pertama saya ketika mula berblog.sampai kini, ada sahaja yang komen etapi rata-ratanya bertanyakan mengenai hubungan. patutkah saya menjawabnya?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jawab jika pengalaman dan teori yang kita ada. klu tidak biarkan je.

tapi kalau nak jaga hati pembaca atau peminat, cuba jawab untuk pembaca kekal diblog kita.

[Jawab Balas]

05.11.09 at 23:27
Posted by Melz

Salam dari aku Melz,

Selain daripada di atas..aku rasa ada patut setiap New Blogger menggunakan Khidmat Chatbox untuk menjana traffic..

dan secara tidak langsung mereka dapat berinteraksi dengan blogger-blogger lama dan mendapatkan sedikit pengetahuan di hanya di dalam chatbox.

Oleh itu aku rasa setiap New blogger seharusnya mempunyai Chatbox untuk cara kita memperkenalkan Blog kita ke persada dunia..

Sekian Dari Melz :) ( aku sekadar berkongsi )

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku percaya chatbox sememangnya membantu. cuma aku menolak cara itu disebabkan kelihatan crowded pula.

dulu aku pernah pakai dan kellihatan banyak spam!

mungkin aku perlu fikirkan kembali. aku hanya menolak satu cara tetapi masih byk cara lain untuk diterokai (he3)

[Jawab Balas]

06.11.09 at 08:51
Posted by sumijelly

yer betul… sumi dh ptaktikkan dari En Megat sumer..
alhamdulilah..ada peningkatan dari trafik..
terima kasih Tuan Guru.. dr EN megat gak sum terokai..
sumi juga ada berkongsi tips dengan rakan blogger yg lain..
harap yang lain dpt manfaat dr tips itu……

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jangan macam tu sumi, segan pula saya. siap berguru segala (ha3).

niat dihati kalau boleh semua ilmu ingin dikongsi bersama. biarlah kelihatan dunia blog semakin ramai dan semakin seronok.

alhamdulillah, ilmu yang dikongsi mudah-mudahan mendapat keberkatan. tidak rugi bukan?

berusaha dan maintain ;)

[Jawab Balas]

06.11.09 at 18:40
Posted by shu

ada kawan saya bagi idea promote offline………….katanya………macam supermarket buat offer…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

boleh juga. janji ada usaha ke arah memajukan lagi trafik ke blog.

contohnya agihkan kad bisnes dan baju. tapi perlukan modal yang agak besar berbanding lakukan cara yang disebutkan dalam catatan.

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

betul tuh.. aku dari dulu ingin membuat baju..tapi sampai blog aku hilang dari mata.. tak buat buat juga..hahaha

[Jawab Balas]

08.11.09 at 10:22
Posted by wazy

entry yang amat menarik sekali,aku pun tgh study gak untuk mandapatkan traffic yang tinggi kat blog

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku pun masih berusaha untuk apai trafik tertinggi, terlalu banyak rahsia untuk diselongkar.

blog tempatan agak sukar kerana marginnya terlalu kecil. tapi tak mustahil untuk jadi yang terbaik. dah banyak contoh.

[Jawab Balas]

08.11.09 at 16:45
Posted by Jumat

Satu lagi caranya, cuba korang masukkan perkataan translate. Mungkin ramai orang berminat. Yalah mungkin dalam satu-satu blog tu dlm bahasa omputif jadi masukkan translate agar orang melayu pun boleh baca. Biarlah dalam bahasa indonesia, tapi org Malaysia boleh gak paham sikit2

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

cun! satu idea yang boleh diterima juga. thanks! ;)

[Jawab Balas]

mohdsayut beri maklum balas:

Saya rasa idea ni memang menarik iaitu menambah butang translate, saya pun dah buat dalam blog saya ternyata ia memberi kesan yang bagus pada pengunjung blog saya.
Kalau nak sewa dan bayar memang bagus tapi untuk membayar untuk blog yang tak tau bila nak datang pulangan, saya rasa kurang berbaloi sikit. Eloknya bagi newbie, gunakan yang percuma bila dah ada hasil dan akaun paypal dah banyak dengan uang, bolehlah digunakan dengan berbayar, baru berbaloi, betul tak

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju, promosi diri atau penulisan dulu. tengok sama ada boleh diterima atau tidak.

bila dah ada orang suka, boleh terus usaha untuk miliki domain & host berbayar.

[Jawab Balas]

[...] Berusaha mendapatkan trafik yang tinggi. [...]

10.11.09 at 11:18
Posted by denaihati

memang kena sabar dan perlu masa nak dapat trafik ni. Yg paling bagus kita melompat dari satu blog ke blog yg lain bagi komen yang baik. Forum ni memang bagus tapi tulah aku tak mula-mula lagi nak join forum.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kalau nak free elok join forum. tapi perlu idea dan ilmu tertentu supaya setiap post kat forum tidak ’spam’.

[Jawab Balas]

16.11.09 at 19:35
Posted by mazuki blog

sewa iklan blog orang lain pon boleh jadi juga…bayar orang buat review blog kita…ia umpama sebuah pelaburan….

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terbaik! tapi perlu modal. yalah kalau nak betul-betul meletup, iklan di blog-blog yang punyai trafik tinggi paling mudah!

buat review mahal skit dari sewa iklan. biasalah orang kita nak murah tapi layan nak lebih (hu3).

pelik tengok blog skang, baru mula blog tapi iklan sana sini?

[Jawab Balas]

mazuki blog beri maklum balas:

kalau beli review post nak banyakan backlink ok la…

biasa la saya sendiri dulu pon camtu gak…sebab itu semua proses pembelajaran…lama-lama diorang tahu la tuh…tu pon kalau diorang rajin membaca la kan…

[Jawab Balas]

26.11.09 at 20:58
Posted by J2Kfm

Hi, drop by from Petaling Street. Thanks for the tips, personally I think writing from the heart, and really putting effort into it, does help somehow.
Just my 2 cents.

Teruskan usaha anda, Megat.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

Hi fren ;)

means penulis & blog, satu jiwa right?

terima kasih my fren.

[Jawab Balas]

28.11.09 at 09:26
Posted by amrilmuidz

Salam to all,

saya memang sokong 100% semua cara yang dapat menarik trafik yang tinggi ke blog kita. Saya suka guna cara forum dan beri komen di blog rakan-rakan.

tq for ur info sharing. really appreciate ur efforts

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam amril, apa yang dicatat disini adalah melalui pengalaman aku selama ini. mungkin ada baiknya aku dapat kongsikan disini. lagi pun semua tip tersebut adalah percuma.

terima kasih bertandang ;)

[Jawab Balas]

24.01.10 at 00:36
Posted by Mantra

Salam,

Saya memang suka tips-tips tentang menarik trafik ni. Maklumlah website tiada pengunjung pun kita jadi tak best kan.

Anyway thanks kerana berkongsi pengalaman berharga ni :)
Terkini dari Mantra di blog nya – Paypal Wishlist dah bayar komisen, bestnya! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

21.02.10 at 16:05
Posted by Nabieel SR

Trafik selalunya menjadi kebuntuan ramai blogger. Ada tips macam gini sekurang-kurangnya adalah idea nak cari trafik lebih ;)
Terkini dari Nabieel SR di blog nya – eBook Cara Meningkatkan Trafik Blog Kini Di Pasaran! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled