Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Trajedi Bas Ekspress Lagi, 10 Terbunuh, 1 Cedera Parah Dan 2 Cedera!

Lagi sekali berlaku kemalangan melibatkan bas ekspress di negara kita, Malaysia. Menurut berita dari bernama,

IPOH: 1o penumpang terbunuh dan 2 cedera, 1 cedera parah, selepas sebuah bas ekspress dua tingkat Sani Ekspress  dhilang kawalan dan melanggar penghalang tepi jalan di KM 272.8 lebuh raya utara – selatan dimana bas tersebut menghala ke utara, 8 KM selepas keluar plaza tol Ipoh selatan, awal hari sabtu (hari ini).

Berita penuh di Berita Harian dan The Star.

Bertambah lagi satu trajedi ngeri yang menjadi ketakutan kita semua. Benarlah seperti trajedi kb mall runtuh juga, kebanyakkan kita bergantung kepada takdir. Tapi apakah benar ia takdir yang kita tidak boleh ubah?

Ia umpama kamu membawa kereta di selekoh jalanraya. Cuba di selekoh tersebut kamu tidak membelokkan stereng, apakah yang bakal berlaku? Apakah itu dipanggil takdir juga?

Atau kamu perlu tahu setiap trajedi juga merupakan peringatan kepada kita dan terutama kepada pemilik syarikat bas terbabit supaya beringat. Atau ada sesuatu yang tak kena dengan apa yang telah mereka lakukan?

Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

Aku hanya membentuk persoalan dan mengharapkan pandangan dari kamu pembaca dan rakan-rakan blog ini. Aku bukan apa, lebih pilu apabila kamu lihat visual trajedi di berita 1.30 di tv3 dan blog seperti ini wujud.

Antara blogger yang menyaksikan trajedi tersebut,

  1. Kemalangan ngeri bas ekspress – 26 Disember 2009.

Antara blogger yang ada kaitan dengan mangsa,

  1. Innalillah, Kemalangan Bas Sani Ekspress.

Kemaskini 3.48 petang, 31/12/2009 – Lagi gambar kemalangan ngeri Sani Ekspress.

Catatan-catatan rawak

Terbit pada 26 December '09 oleh Megat, dalam kategori Isu Semasa.
2,377 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , .

68 Komen untuk “Trajedi Bas Ekspress Lagi, 10 Terbunuh, 1 Cedera Parah Dan 2 Cedera!”

26.12.09 at 14:23
Posted by Roslan Nazri

mmg laju cari traffic..=P

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kebetulan tengok berita tadi. kalau aku tengok berita pagi lagi laju kot? (ha3)

[Jawab Balas]

Roslan Nazri beri maklum balas:

same la..aku tgk tv1..dia awal sejam dari tv3..huhu..giler bahaye..dah la aku baru blk dr KL semalam..tmpt laluan aku jugak tu..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kasihan kepada mangsa dan penumpang lain, mereka bukan tahu apa-apa sebab bukan mereka yang memandu.

persoalannya apakah ini terjadi atas kelalaian pemandu itu sendiri seperti mengantuk?

[Jawab Balas]

Roslan Nazri beri maklum balas:

pendapat aku mmg seratus peratus pada pemandu sebab mengantuk..kalo tidak..kenape diorang boleh dipilih sebagai drebar bus yg ternama…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tapi kalau drebar bas ternama sudah pasti driver tersebut sudah ada pengalaman dalam kes macam ni?

Roslan Nazri beri maklum balas:

aku tak rase diorang ade pengalaman..dah belanggar tu baru pengalaman..juz dgr cakap org dan bongkak kate boleh mmg melayu boleh la..huhhu..sbb bese tgk da camtu..takkan la tak penah tgk berita kot diorang dah berpuluh2 da kes bus ni..lagi2 dah naik bus 2 tingkat ni lagi la ngeri..dah la macam terhuyung hayang ajer atas highway…kalo condong skit terbalik la tu..huh…giler

26.12.09 at 14:26
Posted by Luth Textile

takut la bro..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

huh mana tak takut. nyawa tu. sebarang kejadian melibatkan nyawa apatah lagi trajedi ngeri macam tu sudah pasti mendatangkan ketakutan.

ketakutan itu bertambah peratusannya apabila ia melibatkan kelalaian orang lain (hu3)

[Jawab Balas]

26.12.09 at 14:45
Posted by hazwan

satu lagi tragedi bas ekspresss….
walaupun jarang berlaku tpi slalu melibatkan nyawa yg ramai…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

walau jarak setiap trajedi lama, tapi jumlah korban menakutkan dan biasanya melibatkan kejadian ngeri!

[Jawab Balas]

26.12.09 at 14:47
Posted by eiysya

dah lama tak naik bas..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sama lah. atas alasan itu semakin ngeri untuk naik bas (hu3)

[Jawab Balas]

eiysya beri maklum balas:

ya betul..klu my mum suh naik bus, i’ll owez say no..tp kdg2 terpaksa gak..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

fikir-fikir dimana-mana sahaja boleh berlaku trajedi walhal jalan kaki sekali pun (hu3)

[Jawab Balas]

26.12.09 at 14:50
Posted by Mr.Bintang

masa blaja dulu aku slalu nek bas ulang alik ke kolej.. Kangar – Alor Setar.. syukur x de pape..

masa raya beberapa tahun dulu..balik kampung.. naik bas.. masa tu suasana ujan lebat.. aku hampir tersilap naik bas dari syarikat yg sama.. lepas beberapa sepuluh minit berlepas.. bas yg aku hampir ternaik tu eksiden.. terbalik kat lebuh raya.. bas yg aku naik benti g tolong diowg.. huuu~ ngeri..

syukur sampai skrg ni x terjadi apa² lagi kat aku masa naik bas.. lagi pun dah banyak taun aku x g mana².. ntah esok ke lusa ke bila².. nk turun KL ngan ketapi je lah.. itu pun belum tentu selamat.. bak kata org malang tak berbau.. hadeh.. :(

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih kongsi kisah. kisah-kisah kebetulan ini juga patut dikongsi memandangkan ia juga termasuk dalam kengerian apabila tersedar trajedi boleh berlaku.

[Jawab Balas]

26.12.09 at 15:00
Posted by paeh

alhamdulillah ayahku xpernah mengalami sebarang kemalangan serius spanjang dia jadi pemandu bas….

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

alhamdulillah, mungkin ayah ko fikir akan keselamatan dan berupaya untuk fikir dari segala sudut keselamatan dijalan raya.

[Jawab Balas]

paeh beri maklum balas:

tp kadang tu bila aku ikut die. takut pun ade. laju semacam je. cuma die bawa secara cekap. x membabi buta… ade tmpt die laju ade tmpt die slow

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yalah kalau semua nak pandu lambat atau perlahan. takut trip atau jadual berlepas yang lain pula tergendala.

kadang-kadang buat kerja kelam kabut pun boleh jadi punca juga.

[Jawab Balas]

26.12.09 at 15:02
Posted by sharing

macam2 kan…. kena hati2….

Can U win???

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pemandu bas atau kenderaan apa sekalipun yang perlu berhati-hati!

[Jawab Balas]

26.12.09 at 15:09
Posted by x-po

mmg bahaya pun kwsn tu..dah trun bukit, selekoh tajam, pastu jalan tgh dalam penambahbaikan..yg paling bahayanya, kwsn tu gelap..mmg bahaya..yg penting, aku rs kwsn tu kwsn berhantu..huhuu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku dah jangka dah pasti kawasan gelap tersebut. banyak trajedi berlaku kat situ kan?

kejadian berunsur mistik juga mungkin adalah puncanya. perkara macam ni pun kena beri perhatian juga. tapi siapa yang boleh tolong?

[Jawab Balas]

Roslan Nazri beri maklum balas:

masalahnyer bukan kawasan tu…aku tau mane tempat dia…haha..

[Jawab Balas]

26.12.09 at 15:26
Posted by blogresipi

Takziah kpd keluarga mangsa.first timw dgr bas 2 tingkat terlibat dlm kemalangan jiwa. Elok megata menulis tentang selamatkah bas 2 tingkat di jln raya Malaysia.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pernah terfikir nak menulis tapi tiada sumber atau bukti fakta secara keras. untuk langkah selamat banyak artikel dikeluarkan berdasarkan huraian peribadi.

secara peribadi, tengok bas 2 tingkat kat lebuhraya sememangnya nampak ngeri. apatah lagi bile memotong bas tersebut (hu3)

[Jawab Balas]

26.12.09 at 15:29
Posted by Zul

takziah kepada semua mangsa…
seriusly kalau kita p mana2 pun ada bahayanya..
cuba perlu hati2, bertawakal dan sentiasa berdoa..
2 jer…
kita jaga orang, kadang2 orang x jaga kita..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

suka dengan ayat paling akhir,

kita jaga orang, kadang2 orang tak jaga kita

kita memandu sendiri pun sentiasa risau jika kelalaian orang lain boleh jadi punca kemalangan yang tidak diingini. kita sudah habis berhati-hati namun jalan raya perlu dikongsi bersama.

[Jawab Balas]

26.12.09 at 16:48
Posted by Fahmishah

takziah kepada mangsa.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mudah-mudahan roh mangsa islam, tergolong dalam golongan yang beriman.

[Jawab Balas]

26.12.09 at 20:03
Posted by yashygsempoi

meremang baca pasal eksiden bas sani tuh.. rasa mcm fobia giler nak naik bas ekspress da lepas nie.. T___T http://bit.ly/5AxzqG

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

26.12.09 at 20:22
Posted by Khai

semoga roh mangsa2 yang terbunuh ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. takziah pada keluarga mangsa.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

amin. aduh sedih pulak aku tengok berita setiap kisah mangsa (hu3)

[Jawab Balas]

26.12.09 at 20:51
Posted by Taufik SM

berhati-hati di jalan raya ingat org yg tersayang

malang tidak berbau… apapun al-fatihah….

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sudah pasti penguatkuasaan juga perlu dipertingkatkan. ini lah masanya pengguna perlu bertindak atas ketakutan mereka.

al-fatihah.

[Jawab Balas]

27.12.09 at 05:59
Posted by Shinaz

Semua ini adalah ketentuan dari-Nya. Ujian untuk hamba-hambanya.. setiap yang hidup pasti akan kembali.. cuma kita tak tau bila dan dimana…

[Jawab Balas]

27.12.09 at 11:37
Posted by dragoncity

Syarikat Bas cakap bas itu dalam kelajuan 91km/h tapi itu sesuatu yang tidak boleh dipercayai. Cuba pergi highway dan cuba kelajuan bas tersebut. Biasanya aku memandu pada kelajuan 100km/h tapi banyak bas eskpress memotong aku.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku sependapat dengan ko, selalunya bila aku memandu 100-110 km/j banyak ada bas-bas ekspress memotong. bergoyang-goyang kereta aku, menandakan kelajuan bas-bas tersebut.

[Jawab Balas]

27.12.09 at 12:09
Posted by Kamal

Biasanya kemalangan selalu dipersalahkan Pemandu.Kita kena ingat pengurusan patut juga dikenakan sistem penanlti yang mana lesen digantung atau tindakan yang maksimumnya.Sani Ekspress dipantai Timur memang tidak dinafikan perkhidmatan baik.Dengan sistem dan bas Scania yang dimilikinya ia mampu mendapat tender untuk laluan pantai barat.Kini segalanya telah terbongkar,walaupun memiliki bas yang yang bagus rekod cemerlang 2009 diakhiri dengan tragedi menghayat hati.Mungkin ada tangan ajaib yang cover disebalik Sani Ekspress.Al-Fatihah kepada mangsa tragedi.

[Jawab Balas]

27.12.09 at 14:21
Posted by awin

sedih jugak dengar berita ni…kekadang sakit hati pun ade..mungkin kesilapan pemandu tak mahu bertukar agaknya sampai membahyakan nyawa yg lain…pada pemandu yg lain harap ambik iktibar dr kejadian ini…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

memang meyedihkan, apatah lagi melihat dari kedudukan setiap keluarga mangsa (hu3)

[Jawab Balas]

27.12.09 at 14:27
Posted by faten ,

takziah kepada keluarga mangsa kemalangan KM 272.8 lebuh raya utara – selatan ipoh .ajal maut ditangan tuhan tp pemandu bas itu perlu diambil tindakan dan pemandu bas yang lain perlu mengambil pengajaran di atas kemalangan ini .

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju, pemandu perlu diambil tindakan untuk pengajaran. dan yang paling penting syarikat pengendali bas juga pebih perlu di ambil tindakan kerana mungkin bersangkut paut dengan urusan mereka.

[Jawab Balas]

28.12.09 at 03:11
Posted by Kak Long

Sedih dengan tragedi ini. Takziah buat keluarga mangsa.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sedih sangat kak. rasa macam tak leh terima alasan pemandu tersebut (hu3)

[Jawab Balas]

28.12.09 at 22:33
Posted by zool

Memang ngeri.. buat takut nak naik bas

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tau takpe. secara peribadi, aku dah letakkan penggunaan khidmat bas ekspress sebagai merbahaya (hu3)

[Jawab Balas]

29.12.09 at 12:07
Posted by ziera

sebenarnya rosma(bakal tunang si arwah noor jismi) adalah sepupu saya…sedih sgt tgk sepupu saya asyek menangis bila tgk brg2 hantaran & baju yg dia nk kai masa majlis tunang…sy mmg rapat dgn sepupu…& arwah juga sy knail…arwah mmg seorg yg baik hati…dh takdir mereka tiada jodoh….tabahkan hatimu wahai sepupuku…aku sentiasa ada bila kau perlukan aku…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pengalaman ke atas diri sendiri mahu pun yang terjadi ke atas saudara mara pasti meninggalkan kesan. apatah lagi dalam situasi yang mungkin tidak mampu dilupakan macam tu je.

kirim salam kepada sepupu dan semoga dia tabah hadapi dugaan besar ini. insya allah saya dan pembaca blog ini mendoakan yang terbaik untuknya dan arwah noor jismi.

[Jawab Balas]

Lady Nass beri maklum balas:

takziah buat saudari. sedih. *cry*

[Jawab Balas]

ash beri maklum balas:

Ya Allah…sedihnyer. Kalau saye tah ape yang saye nak wat…

[Jawab Balas]

29.12.09 at 13:15
Posted by LadyNass

*cry* RT: @megat: sedih lihat komen http://bit.ly/924pXK dari sepupu bakal tunang salah seorang mangsa sani ekspress http://bit.ly/5AxzqG

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

29.12.09 at 13:19
Posted by beliamuda

RT: @megat: sedih lihat komen http://bit.ly/924pXK dari sepupu bakal tunang salah seorang mangsa sani ekspress http://bit.ly/5AxzqG

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

29.12.09 at 13:20
Posted by eda

huhu..
dan yang nk bertunang tu merupakan adek ipar mysis…huhu..br jumpe die 14 hr b4 kejadian ni..mkn tegh hr same2…huhu..masih terbayang2 wajah arwah…=(

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tragik! tiba-tiba kepiluan meresapi diri. kenangan mula menghambat diri.

semoga arwah ditempatkan dari kalangan orang yang beriman.

[Jawab Balas]

29.12.09 at 13:26
Posted by Shahrul

Ada iklan naik bas lg selamat drpd naik motor, tp bas pun exsident gak. Mana nye selamat.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ramai yang berpegang kepada kata-kata setiap kejadian ada hikmahnya. bagi aku, itu merupakan alasan kepada mereka yang nak lari dari masalah.

sebenarnya situasi tersebut mengambarkan ada situasi yang tidak betul disebalik kejadian. dan ia sebagai peringatan kepada yang lain.

yang menerima impaknya adalah keluarga dan saudara mara mangsa. semoga semua mangsa dirahmati.

[Jawab Balas]

29.12.09 at 13:51
Posted by eda

saya pon der tulis entry pasal ni.huhu..wat kenangan…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih berkongsi kisah. akan saya update catatan dengan link catatan awak.

[Jawab Balas]

30.12.09 at 12:05
Posted by mr.eims

akak kat opes aku pnye adik.
sharifah hassanah & sharifah raheel.
2 org skali.. ksian dia. hurm..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jangan lupa beri kata semangat untuk akak tersebut. sudah pasti sedih sebab 2 orang sekali kembali kerahmatullah.

ucapkan salam takziah untuk akak itu juga dari megat dot net dan pembaca disini.

[Jawab Balas]

30.12.09 at 20:17
Posted by mohdisa

tahun ni sahaja dah berapa org budak unimap yang meninggal. dalam tragedi ni pun mengorbankan dua orang pelajar UniMAP.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

semoga keluarga yang menerima impak tersebut tabah dan banyakkan bersabar. aku tahu cakap memang senang, tapi apakan daya kita hanya mampu berserah.

takziah buat mereka juga.

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

betul tu, semoga keluarga yg menimpa lebih tabah. kita hanya boleh simpati dan membantu apa yang patut sahaja. untuk menggantikan tempat mereka, jauh sekali.

[Jawab Balas]

06.01.10 at 14:52
Posted by ash

Allah masih sayangkan saye. Baru seminggu sebelumnya saya naik bas Sani nak balik kangar. Saye budak Unimap jugak. Memang betol, ramai dah budak unimap terkorban nahas jalan raya.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

syukur, allah masih sayangkan awak. dan semuanya terlah tersurat tetapi mungkin ia kebetulan berlaku ke atas pelajar unimap.

berhati-hati menjaga diri dan ketika berada di jalan raya.

terima kasih singgah ke blog ini ;)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails