Unique Visitor, 1000 Pelawat Sehari?
Setiap blogger yang inginkan pendapatan pasif dari blog mereka pasti ingin capai sasaran sekurang-kurangnya 1000 pelawat unik sehari. Ini penting untuk capai hasrat pengiklan yang ingin mengiklan di blog. Yang menjadi masalah ialah bagaimana hendak mencapainya?
Alahai bunyi macam mudah je. Dari mula wujudnya blog ini 2 tahun lalu, hanya beberapa kali sahaja mencapai sasaran tersebut. Itu pun disebabkan oleh catatan-catatan yang menjadi perhatian ramai.
Menurut statistik sepanjang bulan Disember di atas menunjukkan trafik yang tidak stabil seperti sebelumnya di blog ini. Ini berlaku kerana kesilapan yang berlaku semasa berpindah host pada awal bulan lepas. Setelah beroperasi lebih dari 2 tahun, sudah pasti banyak catatan-catatan lalu membantu dalam menganjak naik blog ini dan sudah pasti menyebabkan blog ini punyai banyak broken links!
Secara tak langsung mungkin memberi impak yang tidak baik blog ini kepada crawler dan bot enjin carian. Sudahnya dapat statistik yang membentuk gunung-gunung (ha3).
Berdasarkan statistik itu juga, kamu dapat lihat beberapa puncak gunung yang mewakili hari-hari yang menjadikan blog ini mendapat sambutan. Awal bulan ini, kewujudan team klik-klik Nuffnang menjadi isu, impaknya amat kuat memandangkan ia melibatkan beberapa penulis blog dan secara tak langsung penulis-penulis lain turut terpanggil.
Tepat pada pertengahan bulan ini pula, kisah perkongsian penulis blog tempatan, Khai – yang menulis blog sepenuh masa menjadi perhatian! Tak sangka, catatan yang hanya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini tentang kejayaan Khai, menjadi perhatian dari ramai pembaca yang rata-ratanya adalah peminat Khai!
Dan pada 26 Disember permulaan detik cemas apabila trajedi kemalangan bas ekspress yang membawakan blog ini punyai ramai pelawat walaupun selepas 3 hari tidak dikemaskini. Dari hari kejadian pelawat semakin meningkat hingga hari ini!? Untuk makluman, isu-isu semasa seperti ini sememangnya menjadi perhatian setiap kali ia berlaku.
Kesimpulannya sentiasalah mencari peluang untuk mendapatkan berita atau catatan yang terbaik. Yang penting ialah semua catatan yang dibuat adalah hasil dari kreativiti penulis dan jangan sekali-kali keluar dari fakta atau menipu. Setiap penulis blog mungkin akan menulis tentang topik yang sama tetapi setiap penulis juga punyai kreativiti mereka untuk menarik pelawat.
Satu perkara yang ingin dikongsi, setiap catatan mungkin tidak dicari pembaca pada hari ini tetapi kamu akan lihat kesannya setelah beberapa lama kamu menulis. Jadi, macam mana nak dapatkan sekurang-kurangnya 1000 pelawat unik sehari?


59 Komen untuk “Unique Visitor, 1000 Pelawat Sehari?”