Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Upin Dan Ipin, Pengaruh Kehidupan Kanak-kanak Islam

Hebat! Upin dan Ipin merupakan katakunci panas ke blog ini. Ketika itu di pengkalan data lama. Berlaku kesilapan dan data-data lama tidak dapat diselamatkan.

Upin, Ipin, keluarga dan rakan-rakan

Upin, Ipin, keluarga dan rakan-rakan

Upin dan ipin merupakan watak utama dalam animasi popular yang diperkenalkan oleh Les Copaque. Mula diperkenalkan di televisyen tempatan TV9 dan langsung mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan!

Rasanya di warga negara kita, siapa yang tak kenal dengan watak upin dan ipin? Bukan sahaja kanak-kanak malah ibu bapa turut dirangsang untuk mengetahui. Yalah bukankah ibu bapa perlu kawal aktiviti anak-anak.

Aku sebagai bapa, perlu kawal kegiatan anak-anak untuk memastikan mereka tidak didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak membawa kebaikan. Termasuk apa yang dipaparkan di televisyen dan paparan kisah upin dan ipin sudah pasti secara tak langsung mendapat tempat dihati aku.

Tidak meyangka, kisah yang diolah secara bersahaja yang mengisahkan kehidupan watak kanak-kanak ketika kecil dalam kelompok keluarga islam tersebut, turut mendapat tempat di hati anak-anak aku. Dan yang paling menarik mesej yang ditinggalkan meninggalkan kesan mendalam ke atas psikologi anak-anak!

Antara perkara yang menarik perhatian anak-anak dalam kisah upin dan ipin tersebut,

  1. Islam – secara tak langsung dapat mendidik anak-anak tentang asas agama seperti sembahyang, berpuasa, zakat dan lain-lain.
  2. Moral – anak-anak dapat lihat secara positif tentang nilai-nilai murni yang baik.
  3. Sosial – pergaulan antara kaum yang diolah begitu berkesan kena dengan budaya 1Malaysia.

Watak upin dan ipin dibantu oleh watak-watak yang jelas akan kriteria masing-masing. Watak-watak lain adalah,

  1. Opah – nenek yang menjadi penjaga sepenuh masa kepada upin dan ipin setelah kematian ibu bapanya.
  2. Kak Ros – kakak kepada upin dan ipin yang menjaga upin dan ipin secara part time (ha3).
  3. Rakan-rakan – Ehsan, Mail, Me Mei, Fizi, Jarjit dan ramai lagi (watak-watak ni aku tanya anak-anak aku, ingat eh? ha3).

Sebagai bukti yang berlaku kepada dunia realiti, sememangnya apa yang dipaparkan dalam siri tersebut meninggalkan kesan psikologi yang mendalam dalam kehidupan anak-anak. Sembahyang, puasa dan kelakuan baik telah tersemat dalam kepala anak-anak aku yang secara tak langsung dapat membantu kita sebagai ibubapa mendidik anak-anak.

Apa yang ibu bapa seperti aku berharap, animasi bersiri seperti itu perlu diperhalusi lagi disamping mengekalkan ciri-ciri bersahaja untuk menyelami dunia anak-anak secara dekat. Aku percaya jika dilakukan dengan niat yang baik, bukan sahaja mendapat sambutan kanak-kanak tetapi mendapat kepercayaan penuh dari ibu bapa. Secara tak langsung animasi upin dan ipin bakal terus mendapat keunikannya tersendiri.

Kini apa yang kita dapat lihat, Les Copaque sedang berusaha keras untuk memenuhi sambutan dari negara luar seperti negara jiran kita Singapura dan Indonesia. Lebih bangga, animasi tersebut juga mendapat perhatian dari studio animasi terkenal, Disney.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 6 November '09 oleh Megat, dalam kategori Diari, Islam.
1,041 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , , , .

17 Komen untuk “Upin Dan Ipin, Pengaruh Kehidupan Kanak-kanak Islam”

06.11.09 at 20:39
Posted by TMUkmkd

tidak hanya untuk islam. malah yang bukan islam sedikit sebanyak diterangkan secara mudah..

p/s: bila agaknya untuk upin ipin tu bersunat? (ha3) <– tiru style megat gelak

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ya, menyentuh keseluruhan kaum utama negara kita. moral yang baik untuk kaum di negara kita juga.

ps – gelak pun nak tiru (kah3).

[Jawab Balas]

06.11.09 at 20:42
Posted by blowie

tak dinafikan upin ipin mmg best,animasi terbaik dari malaysia.
p/s : entry berbau seo la,hehehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ya, betul. terbaik setakat ini. yang penting bagaimana mereka menyelami dunia kanak-kanak.

ps – seo boleh bau eh? (ha3).

[Jawab Balas]

06.11.09 at 22:40
Posted by CypherHackz

Bagi aku, cerita Upin & Ipin ni merupakan cerita kartun yang menarik selepas cerita Usop Sontorian dan juga Keluang Man. Cuma yang berbezanya hanyalah cerita Upin & Ipin ni animasi 3D dan Usop Sontorian dengan Keluang Man pulak, 2D.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju, tetapi mengapa usop sontorian dan keluang man tidak berterusan eh? sudah pasti ada cerita sebaliknya.

kalau kemampuan kewangan yang menjadi penyebab, perlu fikirkan balik untuk mereka bangun kembali.

aku rasa sudah pastilah sokongan dari pihak tertentu yang menjadi punca ;)

[Jawab Balas]

07.11.09 at 01:01
Posted by Melz

aku kagum seketika bila aku menonton upin dan ipin.. sungguh menyerlah hasil tangan mereka :) dan aku berasa bangga kerana ia adalah bawah naungan malaysia :)

P/s : aku teringin nak jadi pelukis/penulis :P hahaha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mula-mula pemerhatian aku biasa sahaja, sekadar melayan kehendak anak-anak. tapi lama-lama ada sesuatu yang unik yang dipaparkan, aku juga kagum dan bangga.

ps – klu ko ada bakat why not ko mencuba?

[Jawab Balas]

07.11.09 at 02:12
Posted by Anarm

betol betol betol << comel je cara die sebut..

pstt: aku jatuh cinta dgn karakter kak ros.. cun ooo..
dan garang~ gggrrrr… hahaha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

uiks ko geram eh? hidup watak kak ros tu, aku pun suka (kah3)

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

geraaaammm sgt2. klu die wujud btol2 mmg aku laju je nk g ngorat.. kene tengking ngn die pn xpe la janji dpt ngorat.. (kah3) << nk tiru jugak

[Jawab Balas]

07.11.09 at 12:25
Posted by zool

Dalam cerita byk tampilkan nilai kekeluargaan dan persahabatan .. TU yang best tu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

anak-anak skang cepat belajar, cara visual adalah yang terbaik. ya lah kena kawal penerimaan antara teknologi dan pembentukan nilai-nilai murni.

[Jawab Balas]

08.11.09 at 10:25
Posted by wazy

cerita ni memang sesuai untuk semua golongan,tak semestinya untuk kanak-kanak sahaja malahan untuk seisi keluarga ( betul3,hhehehehe pinjam trademark cite tu jap)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul, seisi keluarga. baru boleh bahan cerita. kalau tak anak-anak dok cerita, mak bapak tah faham (kah3)

[Jawab Balas]

09.11.09 at 16:31
Posted by Propito

Betul, aku pun peminat Upin Ipin..hahah.Sokong buatan malaysia..haha

[Jawab Balas]

15.12.09 at 13:01
Posted by Peluang Perniagaan

Betul, upin dan ipin memang memberi satu impak baru. dan cara ini memang sesuai utk menyampaikan mesej kepada kanak2 yang mana mesej yang disampaikan melalui animasi memang melekat pada kanak2 dan memberi pengaruh yang amat besar.

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled