Assalamualaikum dan selamat datang ke blog tukang kebun, MEGAT.

Weblog Popular 1Malaysia, Hidup Biar Sedap Layak Menerima Pencalonan!

Alhamdulillah, syukur. Dunia penulisan blog di negara kita semakin berkembang dan semakin banyak blog-blog yang berinformasi wujud. Tidak kisahlah ianya berbentuk blog umum, kekeluargaan atau blog-blog yang punyai fokus tertentu. Selagi ianya berinformasi dan diterima umum, maka kewujudannya dikira berbaloi.

Jadi, seeloknya penulis-penulis blog tersebut diberi penghargaan dan selayaknya menerima anugerah khas yang tersedia untuk mereka. Tanpa mereka dalam dunia blog negara, maka tiada tempat untuk aku dan kamu saling mengenali. Tiada tempat untuk merujuk kisah-kisah hidup menjadi tauladan kepada yang baru kenali dunia atau yang harus dijadikan sempadan.

Hidup Biar Sedap

Ok, cukup untuk tease catatan ini. Seperti yang kamu sedia maklum, tajuk catatan khas ini jelas memberitahu catatan ini bertujuan untuk pencalonan Hidup Biar Sedap yang diselenggarakan oleh seorang blogger yang dikenali ramai iaitu kak jie (kujie2).

Aku ringkaskan kenapa blog tersebut menjadi pilihan. Antaranya adalah,

  1. Hidup Biar Sedap. Lihat sahaja pada tag line blognya, sudah menggambarkan betapa santai dan dijiwai. Secara tak langsung dapat lihat betapa dekat blog tersebut dengan penulisnya. Tidak terlalu berteraskan kisah hidup peribadi secara langsung tetapi dikiaskan dengan gambaran catatan tertentu.
  2. Tajuk Entri. Tidak dapat dinafikan lagi, penulisnya bijak bermain dengan kata-kata hikmat dalam pencarian tajuk-tajuk catatannya. Bukan semata berkaitan dengan SEO tetapi sentiasa mendapat nafas baru untuk perangkap peminat dan pengunjung baru.
  3. Kandungan Entri. Atau aku lebih senang istilahkan sebagai power content! Setiap kali wujud catatan baru, pasti punyai cerita dan pengajaran disebaliknya. Bagi aku bukan mudah untuk capai tahap itu dan berjaya menggarap setiap penulisan untuk kesesuaian pembacaan untuk semua peringkat umur. Apatah lagi catatan tersebut punyai asas yang kukuh dan cukup kuat hasil dari pengalaman, pembacaan dan kajian penulis sendiri.
  4. Teguran & Nasihat. Mungkin disebabkan kriteria tersebut blog tersebut yang bersifat kekeluargaan menjadi popular. Tidak dirasakan seperti berat sebelah mahu pun berlaku ketidak adilan. Penulis sentiasa menjaga setiap perkataan dalam penulisan walaupun catatan yang bersifat emosi. Malah lebih memberi teguran berguna dan menjadi petunjuk untuk pembacanya. Bersifat keibuan juga.
  5. Ikhlas & Jujur. Aku tak tahu bagaimana aku terpikat dengan blog tersebut tetapi jujur aku katakan, ia seperti punyai aura tertentu. Seperti mana aku kenali, penulisnya begitu ikhlas dan jujur dengan peminatnya. Pandai menjaga hati peminatnya dan tak lupa penghargaan yang tak berbelah bahagi kepada peminatnya.

Weblog Popular 1Malaysia

Syabas kepada kak jie! Setelah dibuat kajian lebih mendalam blog Hidup Biar Sedap memang layak untuk mendapat pencalonan dalam peraduan mencari Weblog Popular 1Malaysia! Dan aku sememangnya sedia maklum contest Weblog Popular 1Malaysia ini dari blog Yang Terbuku Di Hati oleh Denaihati.

Untuk keterangan selanjutnya tentang peraduan dan hadiah-hadiah yang lumayan boleh terus merujuk ke entri berkaitan di blog Yang Terbuku Di Hati.

Terima kasih kepada sponsor yang begitu berbesar hati menaja peraduan tersebut. Antara penaja tersebut ialah,

  1. Saudacare – Hidup Sihat Dan Bertenaga Dengan Sunnah.
  2. Anisha Online Mall – High Quality With Affordable Price.
  3. One Malaysia Blogshops – Direktori Blog Bisnes Malaysia.

Insya allah, setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu balasan adalah perkara terbaik untuk dilakukan. Aku seru kepada peminat Hidup Biar Sedap untuk terus menyokong yang secara tak langsung menguatkan lagi semangat penulis yang berjiwa besar seperti kak jie.

Kamu bagaimana?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 17 November '09 oleh Megat, dalam kategori Isu Semasa.
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , , , , .

15 Komen untuk “Weblog Popular 1Malaysia, Hidup Biar Sedap Layak Menerima Pencalonan!”

17.11.09 at 09:17
Posted by Kujie

pencalonan dah ditutup encik megat. Kita bertanding tahun depan pula..itu pun kalau ada penaja.

Btw – Terimakasih. Kak Jie pun dah edit link dari blog lama ni.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sebenarnya ini entri lama, saya up balik sebab sememang catatan ini layak untuk berada dlm blog ini. penghargaan untuk kak jie secara langsung ikhlas dari saya.

ps – masih ramai yang tersesat ke entri ini kak (he3) ;)

[Jawab Balas]

17.11.09 at 10:21
Posted by denaihati

saya setuju dengan tulisan en megat ni…Hidup Biar Sedap memang lain daripada yang lain

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

memang kena dgn motonya iaitu hidup biar sedap. kat sana walaupun ada kisah ‘tak sedap’ yang dipaparkan tetapi penulis tetap handal memanipulasikan supaya menjadi ’sedap’ (ha3).

unik!

[Jawab Balas]

17.11.09 at 17:19
Posted by Tie

Itu laa… makcik pun ada auranya yang tersendiri…hi hi..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

auranya begitu terserlah!

[Jawab Balas]

17.11.09 at 22:18
Posted by zool

Kak jie memang hebat…
Suri rumah yang paling pandai blogging.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ayat bodek ke apa ni zool (kah3). tapi memang betul, kak jie memang hebat. cara pemikirannya bukan macam surirumah yang biasa kita tengok kan?

[Jawab Balas]

17.11.09 at 22:18
Posted by ikoko

tak boleh disangkal-sangkal lagi

kak kujie memang layak menerima award tersebut

:D

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wah line memang peminat setia kak jie eh? dari dulu hingga kini (he3).

betul, kak jie memang layak ;)

[Jawab Balas]

18.11.09 at 03:40
Posted by mohdisa

haha, betul tu. penuh dengan gaya tersendiri. tp kadang2 biarlah memenuhi permintaan. :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yalah kadang-kadang kita kena mental block tapi kak jie tidak, sentiasa ada idea untuk kemaskini blognya. lagi pun ianya bukan niche blog tapi blog umum yang hebat!

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

betul tu bro, aku pun tak tahu nak jadi hebat cam kak jie. hehe, apa2 pun tujuan utama aku berblog hanyalah sekadar menghiburkan diri sendiri. tak kisah la klu ada org nak baca ke tidak. tp kalau ada permintaan untuk menulis sesuatu, kita boleh mencubakan. itu satu lagi faedah yang kita boleh belajar dari permintaan. sebelum mengajar, perlu belajar. betul tak bro? hehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

nak hebat macam kak jie? erm, untuk aku memang mustahil (hu3). mungkin kita perlu ada keunikan sendiri.

penulis blog seperti kita sememangnya bermula dengan suka-suka dan akhirnya berubah mengikut perkembangan idealisme semasa.

ya, belajar dari permintaan ;)

[Jawab Balas]

[...] megat.net [...]








CommentLuv Enabled