Wuduk, Syarat-syarat Sah Dan Rukun-rukunnya

Wudhuk
Umum tahu wuduk (ambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) adalah wajib bagi orang islam yang ingin melakukan ibadah seperti,
- Solat-solat fardhu.
- Solat-solat sunat.
- Thawaf di Baitullah.
- Sembahyang mayat.
- Sujud Syukur.
- Memegang Al-quran (kecuali yang mengandungi hadis-hadis).
Melakukan ibadah tersebut tanpa berwuduk, bermakna ibadah kita tidak sah. Maka tidak gunalah jika kita beribadah tetapi tidak berwuduk.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW, beliau bersabda,
“Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk.”
Kita mulakan dulu dari syarat-syarat sah wuduk.
Syarat-syarat Sah Wuduk
- Islam (bermakna orang bukan islam tak wajib).
- Mumayiz (setelah tahu membezakan antara yang baik atau buruk ibadah yang dilakukan, kanak-kanak).
- Air Mutlak (air bersih, tidak kotor atau berbau).
- Bersih dari hadas besar, haid, nifas dan junub.
- Tidak ada sesuatu yang menghalang dari air sampai ke rambut, kulit dan kuku. (cat, tatoo dsb).
- Ketahui dan dapat bezakan yang mana fardhu dan sunat.
Rukun wuduk ada 6 perkara, ia jelas dan perlu dititikberatkan setiap perkara untuk menjadikan wuduk kita sah. Tidak boleh diambil mudah perkara yang sememangnya mudah. Sesungguh ia berat dilakukan kepada mereka yang malas.
Seterusnya kita terus kepada topik asal catatan ini, aku ambil yang wajib sahaja. Wuduk punyai rukun-rukunnya yakni,
Rukun-rukun Wuduk
- Niat. Dilakukan ketika hendak membasuh muka.
- Basuh Muka. Alirkan air dan ratakan keseluruh muka dari dahi hingga dagu dan dari telinga kanan ke telinga kiri sebanyak 3 kali.
- Basuh kedua tangan dan siku. Alirkan dan ratakan air dari siku hingga ke jari jemari. Mulakan tangan dan selepas itu tangan kiri sebanyak 3 kali.
- Sapu air dikepala. Sapu dan ratakan air dikepala sekurang-kurangnya 3 helai rambut.
- Basuh kedua kaki. Alir dan ratakan air dari jari jemari kaki, tumit hingga ke buku lali kaki. Lakukan 3 kali dan dimulai dengan kaki kanan.
- Tertib.
Untuk mendapatkan maklumat tentang wuduk lebih mendalam, rujuk sini.
Setiap aliran air atau basuhan wajib dilakukan sekali dan sunat dilakukan 3 kali dan seterusnya.
Aku bukan apa, melihat oleh kebanyakan orang yang mungkin secara sengaja atau tidak bersahaja melakukan perkara wajib menjadi santai. Sedar atau tidak itulah kenyataannya. Seeloknya perkara paling wajib dilakukan dengan penuh rasa keimanan.
Walaupun ia nampak mudah, tetapi perlukan fadhilat dan pengertiannya. Kalau berwuduk pun lebih kurang, apa bakal berlaku kepada ibadah yang kita laku selepas itu?
Renungkan kembali semoga ibadah kita bertambah barakah, insya allah.

12 Komen untuk “Wuduk, Syarat-syarat Sah Dan Rukun-rukunnya”